Video| Cliff juara GV7! Mujur tak tersingkir separuh akhir!
Published byTIADA kejutan terjadi dalam final Gegar Vaganza 7 (GV7) di Astro Ria Malam tadi, Ahad, 13 Disember 2020 seperti pada peringkat separuh akhir, dan keputusan dipersetujui kebanyakan penonton. Ketujuh-tujuh peserta memperlihatkan kesungguhan untuk memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan dengan Cliff Umar, yang sepatutnya tersingkir pada separuh akhir, muncul juara. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Gegar Vaganza:
https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza
GV7 boleh dianggap final terbaik berbanding musim-musim sebelumnya dengan mutu persembahan peserta yang meningkat.
Komen jujur para juri iaitu Datuk Ramli M.S, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Shafinaz Selamat dan Joe Flittzow selepas persembahan setiap peserta dapat membuat penonton meneka kedudukan mereka.
Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, ternyata ingin membuktikan bahawa dia sebenarnya seorang penghibur yang berkeupayaan.
Para juri terpikat apabila penyanyi kumpulan Pistol ini muncul dengan wajah Joker ketika membawakan lagu solo dan duet dengan Noryn Aziz melalui lagu ‘I’d Do Anything For Love’ .
Bagi Cliff Umar, dia terlihat ingin membuktikan bahawa dengan meletakkan dirinya sebagai peserta di kedudukan terakhir pada peringkat separuh akhir adalah salah.
Ashira tempat ketujuh
Dengan kesempatan itu dia membuktikan bahawa dirinya berbakat istimewa dan perlu diketengahkan sebagai penyanyi solo bertaraf penghibur ketika sudah berusia 38 tahun.
Kerana keputusan ‘luar biasa’ dpada peringkat separuh akhir ini menyebabkan Clif Umar berjaya membuktikan kemampuan luar biasanya ketika berada pada peringkat akhir.
Cliff Umar memperoleh markah 71.42, Muss (67.51), Ayu Damit (67.45), Noraniza Idris (64.23), Linda Nanuwil (63.28), Oja (61.7) dan Ashira (60.9).
Cliff Umar memberi persembahan bertenaga dan diumum sebagai juara GV7.
Joe Flizzow yang menjuri bagi bahagian ‘battle’ ini memuji kreativiti mereka menyanyi dan mengayakan lagu yang mempunyai unsur rap/hip hop.
Joe Flizzow yang juga penyanyi hip hop turut mengucap terima kasih kepada GV7 kerana memasukkan unsur rap/hip hop dalam bahagian ‘battle’ yang secara tidak langsung membantu mempopularkan genre muzik ini.
Lagu ‘Inilah Nasibku’ didendang penuh bersemangat oleh Muzz, Oja dan Cliff Umar.
Namun Muss (Mustaffa Din), 52, yang merupakan bekas vokalis kumpulan rock May ini lebih menonjol bagi melayakkan veteran rock ini menduduki tempat kedua GV7.
Ayu Damit yang tidak pernah menduduki tempat teratas dalam episod-episod memperlihatkan kebolehan lama yang pernah menjuarai rancangan One In A Million (OIAM) musim-2 pada tahun 2008 yang dianjur oleh ntv7.
Ketika itu dia mengalahkan dua penyanyi popular iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin. Kini dia berjaya menduduki tempat ketiga GV7.
Kejayaan Noraniza Idris, 52, muncul sebaga pemenang keempat adalah satu kejayaan peribadi untuknya. Dia menyertai GV7 pada saat akhir dengan tujuan untuk mermartabatkan irama pop tradisional/alternatif di Malaysia.
Noraniza menggunakan kesempatan itu dengan membawa lagu berunsur pop tradisional dengan cara tradisinya dengan menggunakan sejumlah penari dan pakaian tradisionalnya.
Dia kelihatan lebih bermaya apabila mendapat lagu jenis sedemikian dan Datuk Syafinaz berkata dia mampu memberi persembahan yang baik apabila mendapat lagu yang sesuai dengan minatnya.
Berakhirnya GV7, bakal menjadi rezeki baru bagi para peserta yang sudah malap rezekinya untuk kembali mencari rezeki dalam bidang nyanyian.
Kita menantikan kemunculan GV8 hujung tahun 2021. Apakah sensasi yang bakal dilakukan? - KitaReporters