Video| Nama unik! Suami isteri beri nama anak guna satu abjad! V, J, L dan N! Anggap bawa rezeki!
Published byMemilih nama anak yang unik biasanya menggunakan nama yang agak unik dan biasanya pasangan suami isteri akan memilih nama yang agak panjang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nama anak
Keempat-empat anak cuma diberi nama satu abjad atau huruf iaitu V, J, L dan N.
Anak pertama, V, seorang perempuan berusia 16 tahun, sementara anak kedua, lelaki kini berusia 11 tahun. Anak ketiga dan keempat juga perempuan berusia 5 dan 2 tahun.
Menurut Sukari, setiap kali mendaftarkan nama anaknya, pihak petugas pejabat pendaftaran akan bertanya kenapa hanya menggunakan nama sedemikian dan apabila diberi tahu mereka akan tersenyum atau ketawa.
Begitu juga apabila mendaftar anak-anak ke sekolah ditanya kenapa beri satu huruf sahaja. Orang-orang kampung juga sering mengemuka pertanyaan yang sama, kata Sukari kepada Detik.com, Selasa, 15 Mac 2022.
Sukari adalah lulusan sarjana Fakulti Psikologi Politik, Universiti Muhammadiyah, Yogyakarta tahun 2000. Sukari berharap anak-anaknya yang bernama unik akan menjadi manusia berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.
Namun kedua-duanya belum merancang abjad yang akan diguna anak seterusnya.
Dalampada itu, kedua-duanya hanya bercadang untuk mempunyai maksimum anak 12 orang, masih kurang separuh daripada jumlah abjad iaitu 26. - KitaReporters