Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan! Ustazah Asma’ tegur Grup Facebook RAHI

Published by
KitaReporters

Ustazah Asma' menegur penyelaras grup facebook RAHI agar menukar tajuk atau menutupnya terus.


Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dikenakan pada Mac 2020, muncul beberapa grup dalam Facebook bagi menceriakan hati warga maya yang kebosanan terperap di rumah.

Antara grup paling mendapat perhatian ialah Suami Masak Apa Hari Ini? dan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? Grup tersebut mendapat sambutan kerana ia benar-benar menghiburkan.

Masa terus berlalu. Grup-grup tersebut ibarat angin yang menghembus, tidak sekencang dahulu. Kini pada tahun 2021, muncul pula PKP yang lebih dikenali sebagai PKP 0.2.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ustazah Asma':

https://kitareporters.com/search?search=ustazah+asma


Grup Facebook ini dikatakan tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan sebagai orang Islam.


Sekali lagi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, muncul pula satu grup Facebook yang dikenal sebagai Riak Apa Hari Ini? (RAHI). Grup ini diwujudkan bertujuan untuk orang ramai menunjuk-nunjukkan (show off) apa yang mereka miliki secara gurauan.

Sekelip mata, grup ini mula mendapat perhatian dan mengumpul ribuan ahli. Kini ia mempunyai sebanyak 124,700 ahli. Mereka mula menayangkan harta yang dimiliki dalam nada gurauan.

Namun, dalam senda gurau yang dikongsi dalam grup tersebut, ia mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Menurut Ustazah Asma’, grup tersebut sangat mengaibkan. Justeru, dia memohon kepada penyelaras (admin) grup tersebut untuk menukar tajuk atau menutupnya terus.

"Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan," tegur Ustazah Asma'.


Menurut Ustazah Asma', banyak perkara mungkar berlaku dalam grup tersebut.


Sementara itu, segelintir netizen turut bersetuju dengan pendapat Ustazah Asma’ dan terkejut melihat apa yang terjadi dalam grup berkenaan.

“Betul ustazah. Sangat tak setuju. Menunjuk-nunjuk dengan riak. Siap permain-mainkan zikir dengan tasbih emas kononnya. Allahuakbar. Dalam hati berkata2 ini melampau. Tiada ke yang tegur. Tetapi tengok ramai pula yang ketawa sakan. Sedihnya,” tulis salah seorang netizen.


Ramai yang setuju dengan pendapat Ustazah Asma'.


Apa pendapat anda? Kadang-kadang ada seorang dua yang buat hal, habis semua terpalit. Tak salah nak bergurau, tapi jangan berlebihan. Ingat tu! - KitaReporters

riak

1
0
0
0
1

Copy Link: