Kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dilancar insan seni yang juga pempengaruh sosial yang juga pelakon popular Alif Satar sejak awal Disember 2023 kini mula mendapat sambutan di banyak masjid dan surau seluruh negara.

Semakin ramai umat Islam terutama golongan muda yang mula mengunjungi masjid atau surau untuk melakukan solat subuh secara berjemaah.

Malah, sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Sulaiman di Jalan Air Itam, Georgetown menyahut kempen itu dengan hanya membuka restoran selepas para pekerja dan pengurusannya menunaikan solat subuh.

Para petugas restoran Nasi Kandar Sulaiman menunaikan solat subuh berjemaah sebelum operasi perniagaan bermula.

Kebiasaannya restoran itu mula beroperasi pada jam 6.30  pagi hingga 2.30 pagi dan terdapat sejumlah pembeli pelbagai kaum yang menunggu bagi bersarapan di restoran itu. 

Terbaharu, pihak pengurusan memaparkan notis pembukaan restoran dilewatkan selama 20 minit iaitu ke jam 6.50 pagi bagi membolehkan para pekerja menjalankan solat terlebih dahulu. Dan melalui kenyataan di luar restoran, meminta orang ramai sabar menunggu.

Namun masih terdapat sejumlah orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kelewatan itu kerana sudah berbaris panjang. Ia  membuat pihak pengurusan terpaksa memohon maaf. 


Bagi pihak pengurusan restoran, mereka berkata solat adalah wajib ditunai oleh umat Islam dan soal keuntungan adalah perkara kedua. 

Restoran Nasi Kandar Sulaiman antara yang popular di Pulau Pinang kerana menyediakan pelbagai lauk dan  jenis makanan yang menyelerakan dan sentiasa dikunjung ramai dari mula masa pembukaan hingga ditutup setiap hari.



Sebenarnya, apa yang dilaku oleh restoran ini perlu menjadi contoh kepada semua pemilik kedai makan atau peniaga warung beragama Islam dengan mengutamakan solat. 

Selama ini kita biasa melihat kedai makan atau warung mula dibuka sebelum atau pada waktu azan subuh seolah pihak pemilik dan pekerja tidak mengutamakan solat dan lebih mementingkan urusan perniagaan. 

Selepas ini kita harap semakin banyak pemilik kedai atau warung yang mengutamakan soal solat. Malangnya, tidak mengutamakan soal solat masih dilakukan sejumlah umat Islam. 


Sebahagian pelanggan Restoran Nasi Kandar Sulaiman


Terdapat sejumlah umat Islam yang tidak menunaikan solat subuh kerana hendak cepat keluar keluar bekerja bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Tapi jika tidak sempat melakukan solat di rumah, masjid dan surau mudah ditemui. 

Malah sepanjang perjalanan tol terdapat beberapa tempat rawat dan rehat untuk menunaikan solat. 

Solat melibatkan lima waktu iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak atau lebih dikenali dengan panggilan 24434. Walau sesibuk mana, setiap umat Islam wajib menunaikan setiap waktu. Terdapat masjid, surau di mana-mana. - KitaReporters


10
7
0
13
0

Copy Link: