Video 2 Jam nggak ngapa-ngapain tular! Ya! Tak buat apa-apa!
Published byLelaki dikenali sebagai Didit Delon tular apabila memuatkan videonya tidak bergerak selama 2 jam 20 minit. - Kredit foto: Detik.com
Seorang Youtuber di Indonesia punya cara tersendiri agar tontonan videonya tular.
Youtuber ini hanya menayang perbuatannya tidak bergerak selama 2 jam 20 minit depan kamera video.
Video ini yang dimuat naik oleh pemilik akaun Sobat Miskin Official memperlihatkan seorang lelaki yang duduk di ranjang biliknya tanpa melakukan gerakan apapun.
Dalam video berdurasi 2 jam 20 minit itu, si lelaki tidak bergerak sedikit pun, kecuali hanya matanya yang sesekali berkedip.
Uniknya, video yang dimuat naik pada 10 Julai 2020 menjadi viral dan telah ditonton oleh lebih 1.6 juta kali.
Sesuai dengan kandungannya, video itu diberi tajuk '2 Jam nggak ngapa-ngapain' (2 jam tidak buat apa-apa).
Lelaki itu dikenali sebagai Didit Delon.
Mereka mengaku kagum dengan idea luar biasa Youtuber itu yang dianggap sangat luar biasa, tidak terfikir orang ramai hingga tidak pernah terfikir oleh orang ramai.
"Dia adalah seorang genius. Dengan tidak melakukan apa-apa, dia sebenarnya melakukan sesuatu. Masuk akal bukan?" komen salah seorang netizen.