Lelaki maut terjatuh pokok kelapa! Ketika kerja petik buah!
Published byMALANG tidak berbau... Seorang pemetik kelapa menemui ajal selepas terjatuh dari pokok kelapa di Kampung Padang Serai, Guntung, Setiu di Terengganu, Mangsa dikenali sebagai Azmin Abdullah, 39, yang tinggal di Kampung Saujana, Setiu dipercayai tersilap langkah ketika memetik kelapa di pokok berkenaan lalu terjatuh. : KitaReporters
Mayat mangsa warga Thailand yang ditemui meninggal dunia di bawah pokok kelapa
Lelaki warga Thailand itu bersama seorang rakan dikatakan pergi ke kampung itu untuk menjalankan aktiviti memetik kelapa.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi
Hussin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku kira-kira 10
pagi, Isnin 18 Mei 2020.
Katanya, mangsa dipercayai
terjatuh dari pokok kelapa setinggi enam meter menyebabkan kecederaan teruk pada bahagian kepala.
"Sebelum kejadian mangsa telah ditinggalkan berseorangan oleh rakannya di kawasan kebun kelapa itu untuk
melakukan kerja memetik buah," katanya.
Lokasi kejadian seorang pemetik kelapa yang ditemui meninggal dunia akibat terjatuh dari pokok kelapa
Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 2 petang, mangsa ditemui penduduk kampung berkenaan terjatuh dari pokok dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital
Daerah Setiu.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - KitaReporters