Murid-murid Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 1 Mac 2021.

SETIAP ibu bapa menginginkan anak-anak terdidik dengan ilmu dunia dan akhirat. Akademik dan agama saling berkait dan perlu diterap dalam diri anak-anak. 

Walau sesulit dan sesukar manapun, jika dihayati dan dipelajari pasti membuahkan hasil yang bukan sedikit. Cemerlang dunia dan akhirat. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan persekolahan:

https://kitareporters.com/search?search=persekolahan


SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar mempersembah! Dibintangi guru-guru! Ada poster gergasi lagi!


Seorang murid mengambil bacaan suhu sebelum dibawa guru ke kelas yang sudah ditetapkan.


Sesi persekolahan sudahpun bermula sejak 01 Mac 2021 lalu. Di Pahang sahaja, kira-kira 66,317 murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 mula hadir ke sesi persekolahan secara bersemuka. Tiada lagi proses Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) secara online.

Tinjauan KitaReporters di sebuah sekolah rendah di Tanjung Lumpur, Kuantan memberi gambaran yang agak berbeza berbanding sekolah rendah lain.  Sesi pembelajaran yang panjang dan dua aliran akademik dan agama. Dua sekali jalan. Mampukah si kecil ini mengikutinya?

Seronok melihat anak-anak belajar dalam suasana ceria walaupun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.


Seorang guru mencatat bacaan bacaan suhu sebelum murid masuk ke kelas yang sudah ditetapkan.


Lebih istimewa konsep 'student center' diperkenalkan dalam memastikan keselamatan anak-anak murid ini sepanjang sesi persekolahan yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.15 petang setiap hari. Murid duduk diam-diam, cikgu yang akan ke meja kamu tau!
Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur yang baru dibuka tahun ini menyediakan sistem pembelajaran kondusif yang disesuaikan dengan norma baharu kehidupan berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir. Semuanya demi keselamatan anak-anak murid yang kecil ini.

Petak kasut yang ada tanda nama turut disediakan pihak sekolah.

Murid-murid perlu menyimpan kasut di petak kasut yang ada tanda nama masing-masing.

Guru Besar sekolah berkenaan, Muhammad Rizal Daniel Zailani, berkata seramai 84 murid terdiri daripada 30 perempuan dan 54 lelaki memulakan sesi persekolahan mereka dengan pematuhan SOP yang ketat.

"'Sesi bermula jam 7.30 pagi hingga 5.15 petang dengan pematuhan SOP yang ketat. Setiap pagi, bacaan suhu badan akan dicatat sebelum turun daripada kenderaan dan mereka yang bergejala dan suhu 37.5 tidak akan dibenarkan bersekolah.

"Pihak sekolah juga mengambil tindakan proaktif dengan meletakkan tanda nama pada semua barang dan pefalatan digunakan seperti kerusi meja, petak simpanan kasut dan beg sekolah, katil (digunakan untuk tidur sebentar sebelum waktu solat), buku dan bekas makanan murid supaya tidak tertukar," katanya.


Sarapan pagi di dalam kelas disediakan pada jam 10 pagi.


Menurut Muhammad Rizal Daniel, murid dibenarkan tidur buat sementara dalam tempoh 15 minit sebelum solat zohor berjemaah di dalam kelas Tasmid sebelum sesi kelas akademik dimulakan pada jam 2 petang.

Katanya, murid dibahagikan kepada tiga kelas akademik dan jumlah kelas Tasmid pula dianggarkan antara 10 ke 12 murid bagi memudahkan guru memberi tumpuan ketika mengajar. 
"Jadualnya nampak padat tetapi kita ada waktu rehat yang mencukupi untuk mereka. Pihak sekolah ada mengediakan katil mini untuk mereka berehat atau lelapkan mata buat seketika," katanya. 
Menurutnya lagi, ibu bapa tidak perlu risau mengenai tahap keselamatan anak mereka di sekolah.
"Semuanya ada SOP, waktu hadir, dalam kelas, waktu makan, solat, pulang semuanya mengikut peraturan ditetapkan.
"Mereka belajar dalam kelas yang ada pendingin hawa. Justeru, ibu bapa tidak perlu risau mengenai situasi dalam kelas ketika proses pembelajaran berlangsung.
"Tambahan pula mereka sudah saling mengenali ketika sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) yang sudah dimulakan sejak 6 Januari 2021 yang lalu," katanya.

Mohd Syabil Haron


Dalam pada itu, seorang bapa, Mohd Syabil Haron, 38,  yakin dengan SOP yang dilaksanakan oleh pihak sekolah berdasarkan kesedaran rakyat terhadap wabak pandemik itu semakin meningkat.

"Kami sudah dimaklumkan berkaitan SOP ketat yang digunakan sepanjang sesi persekolahan sekali gus mengurangkan kebimbangan kami terhadap keselamatan anak-anaknya," katanya.
Anaknya, Tariq Abdul Rahman, 7, tidak sabar untuk bertemu rakan-rakannya selepas dua bulan menjalani  PDPR secara dalam talian sejak awal tahun lagi.

Firdhaus Md Yatim menunjukkan permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menghantar anaknya yang bersekolah di Kuantan.


Datin Firdhaus Md Yatim, 46, dari Pekan, anaknya, Nur Haudh Firdhaus Zaliza, 7, begitu teruja untuk bertemu dengan rakan sekelas secara berdepan selepas dua bulan bertemu di kelas maya.

"Walaupun terpaksa berulang alik dengan jarak yang agak jauh lebih kurang 45 kilometer dengan masa antara 30 ke 40 minit, demi masa depan anak-anak, saya sanggup berbuat demkian," kata ibu kepada empat anak itu.
"Sejak tiga tahun lalu saya berulang alik dari Pekan ke Kuantan untuk menghantar dan mengambil anak-anak yang bersekolah di Kuantan. Namun, situasinya agak berbeza kali ini apabila rakyat perlu mematuhi Prosidur SOP kerana COVID-19 yang belum berakhir," katanya.

Demi masa depan anak-anak dalam menyeimbangi ilmu dunia dan akhirat, ibu bapa berkorban menghantar anak seawal usia tujuh tahun menimba ilmu agama dan dalam masa sama mencari ilmu dunia. 

Bersyukurlah mereka kerana dikurniakan anak yang memiliki minda cergas, akal yang bijaksana dan mampu terima apa yang diajarkan guru. Alhamdulillah. 

Semoga membesar jadi anak yang soleh dan solehah. - KitaReporters 


3
0
0
0
1

Copy Link: