Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Klang dua tingkat itu sedang dibersihkan. - Kredit foto: Gambar-gambar daripada Jabatan Komunikasi Korporat MBDK


Jika menyebut kereta jenama BMW pasti sinonim dengan kemewahan dan keselesaan. Namun pernahkah kita mendengar mengenai Pasar bertaraf BMW. 

Pasti ramai tertanya-tanya apakah itu Pasar BMW. Sebenarnya Pasar BMW adalah akronim bagi perkataan Pasar yang Bersih, Menawan dan Wangi. 

Persepsi masyarakat mengenai pasar ialah sebuah tempat yang kotor, bersepah, lecak , tidak terurus dan berbau busuk. 

Namun kini Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mahu masyarakat Klang menukar imej pasar menjadi tempat yang Bersih, Menawan dan Wangi serta selesa untuk membeli barangan harian. 


Peserta gotong royong di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Klang.


Gotong royong untuk mengecat dinding pasar yang kusam dan pudar.



Berdasarkan konsep itu, satu program gotong royong di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Klang telah diadakan baru-baru ini dengan penyeliaan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Komunikasi Korporat MBDK berserta 300 sukarelawan.

Para sukarelawan termasuk ahli-ahli Majlis MBDK, ketua-ketua jabatan dan kakitangan MBDK, persatuan peniaga, para peniaga dan pembantu peniaga. Program itu juga turut disertai kakitangan 99 Speedmart. 



Gembira dapat bersihkan pasar.


Dr. Quah Perng Fei, ADUN Bandar Baru Klang telah merasmikan program yang julung -ulung kali diadakan.  

Menurut Dr Perng Fei, kebersihan pasar awam berkait rapat dengan imej Klang yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Majlis Bandaraya Diraja (MDK). 

Katanya lagi, pasar yang bertaraf 'BMW' iaitu 'Bersih, Menawan dan Wangi' bukan sahaja menggembirakan rakyat dan pelancong yang datang ke Klang, tetapi turut dapat meningkatkan persepsi positif rakyat terhadap MBDK. 


Dr Quah Perng Fei turut membantu peserta gotong royong.


Pengarah Kesihatan MBDK memberi penerangan mengenai gotong royong. - Kredit foto: Gambar-gambar daripada Jabatan Komunikasi Korporat MBDK


Beliau juga memberitahu, isu pasar yang kurang bersih masih lagi terus menjadi cabaran buat Majlis apabila tahap kebersihan pasar awam masih lagi rendah.  

"Situasi ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan pasar awam bertaraf BMW (Bersih, Menawan, Wangi) yang menjadi sasaran kerajaan masih lagi jauh untuk dicapai, sekali gus menjadi cabaran menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2025 . Dijangka 23 juta pelancong antarabangsa akan datang ke Malaysia pada tahun 2025, dan Klang bakal menjadi pintu masuk utama pelancong ke negara ini." jelas beliau.


Peniaga turut membersihkan gerai mereka


Sementara itu, Pengarah Kesihatan MBDK, Azmi Muji memberitahu peniaga dan pembantu juga diminta sama-sama menjaga kebersihan kawasan pasar terutama di gerai masing-masing kerana kebersihan awam berkait dengan imej negara. 

Budaya bersih datang dari dalam diri dan menurut beliau, dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Klang tinggal di kawasan yang bersih, sihat dan sejahtera, ia perlu bermula dengan diri kita sendiri. 

"Sebuah masyarakat yang progresif tidak dapat dicapai tanpa masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan makmur, bersih, terpelihara daripada bencana seperti kekotoran, kesusahan, gangguan dan sebagainya," katanya lagi.


Membersihkan kawasan luar pasar.

Sukarelawan yang turut serta dalam gotong royong.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad memberitahu, program anjuran MBDK ini sangat bagus dan jika boleh diteruskan dengan mengadakan gotong royong setiap 3 bulan, ia lebih menjamin kebersihan persekitaran pasar dan keselesaan mereka yang datang membeli belah dan juga peniaga. 

Beliau berharap program sebegini tidak hanya berhenti di sini sahaja tetapi harus diteruskan pada masa masa akan datang dengan pelbagai aktiviti pembersihan dan menyemaikan budaya bersih dalam kalangan masyarakat melalui pemantauan dan kerjasama dengan MBDK dan masyarakat setempat. - KitaReporters



Membersihkan sampah sarap.


Keadaan pasar yang kotor dan lecak mula dibersihkan.


Antara anak anak muda yang mebantu gotong royong berkenaan. - Kredit foto: Gambar-gambar daripada Jabatan Komunikasi Korporat MBDK

7
15
0
11
0

Copy Link: