Tahniah Muhammad Isyraq dan Aufa! Penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) USIM!
Published by“Gunakanlah sekecil-kecil peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Setiap ilmu perlu disulami dengan adab. Letak Allah yang pertama dan utamakan ibu ayah, insya-Allah semuanya baik-baik “.
Inilah pegangan yang dibawa sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah buat Muhammad Isyraq Husaini Muliadi dan Aufa Abdullah, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen ke-21 USIM pada 12 Disember 2023.
Pelbagai kejayaan dan pengalaman dalam dunia pidato dan debat menjadikan beliau seorang yang matang dalam setiap keputusan yang dibuat.
“Tahun 2020 adalah detik hitam dalam kehidupan saya apabila ayah pergi buat selamanya. Itulah permulaan kepada sebuah kebangkitan yang menguatkan setiap usaha dan daya untuk terus bergerak maju ke hadapan.
"Saya percaya kehilangan yang Tuhan aturkan ini, bukanlah satu alasan untuk saya meratapi nasib dan kesedihan tetapi sebenarnya Tuhan sedang mengajar bahawa dalam dunia ini tidak semua yang kita inginkan itu dapat dikecapi”,ujarnya lagi.
Beliau percaya dengan ilmu yang berkat disulami dengan keredaan ibu dan ayah pasti Allah akan permudah setiap urusan kita.
“Melihatkan kepada keadaan keluarga yang kurang berkemampuan dan ibu bapa yang sudah berusia, saya berazam untuk membanggakan mereka dalam apa jua cara supaya penantian mereka selama 16 tahun untuk mendapatkan saya adalah penantian yang sangat bermakna buat mereka,” katanya.
"Namun, ia bukanlah penghalang untuk saya menghadiri kelas secara dalam talian dan bergiat aktif dalam berpersatuan."
Beliau juga antara tiga peserta dari Malaysia yang menyertai delegasi 11th University Scholars Leadership Symposium di Pusat Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangkok, Thailand, serta telah berjaya merangkul 11 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa bagi pertandingan inovasi secara individu dan berkumpulan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. - KitaReporters/USIM