Peserta yang hadir tetap bersemangat sepanjang program dijalankan.

Mahasiswa dari lapan buah universiti menyertai Kongres Gabungan Mahasiswa Kerja Sosial Malaysia di Universiti Malaya pada 1 Disember 2024 lalu. Program ini anjuran Persatuan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya (PPKSUM).

Universiti yang mengambil bahagian dalam kongres ini ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).


Wakil dari lapan universiti bergambar kenangan selepas majlis perasmian.

Pengarah projek Muhammad Royzekry Daniel Royjefry berkata, dengan kehadiran pensyarah-pensyarah, mereka juga secara tidak langsung turut memperkukuh kredibiliti dan aspirasi kongres ini sebagai usaha untuk membina masa depan profesion kerja sosial di Malaysia yang lebih holistik dan menyeluruh.

Inisiatif pembentukan dan seterusnya penubuhan jawatankuasa penggerak kerja sosial pada peringkat mahasiswa ini sebenarnya bersifat serampang dua mata selain daripada menjadi satu platform yang menyatukan kesemua mahasiswa yang mengambil jurusan ini, sambungnya lagi.

Dalam pada itu gabungan ini juga diharap dapat menyatukan suara mahasiswa sebagai tulang belakang kepada usaha memperjuang pembentukan Akta Profesion Kerja Sosial di Malaysia. 

Moga usaha ini dapat dipertingkat kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kerja sosial seterusnya menjadi platform advokasi progresif dalam bidang kerja sosial.


Penyampaian cenderamata daripada pihak UM kepada peserta yang hadir.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Prof. Dr. Haris Abd Wahab yang mewakili Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial UM, beliau menekankan bahawa kerjasama antara mahasiswa dari pelbagai universiti ini adalah kunci untuk membina kesedaran yang lebih luas mengenai pentingnya pembentukan akta ini.

Katanya, usaha ini adalah untuk memberi kesedaran bahawa bidang kerja sosial ini bukanlah bidang yang hanya melibatkan sukarelawan, tetapi turut menekankan pembangunan komuniti secara menyeluruh. 

Oleh itu, pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) seperti pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik, pengamal kerja sosial, serta mahasiswa, seharusnya memainkan peranan proaktif dalam menyokong pelaksanaan dasar yang dapat memperkukuh perlindungan dan kebajikan pekerja sosial di negara ini.


Prof. Dr. Haris Abd Wahab (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada peserta.


Akta Profesion Kerja Sosial ini kelak adalah penting dalam mewujudkan standard profesional, memperbaiki perlindungan kerjaya pekerja sosial, dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan rentan dan terpinggir, sambungnya lagi.

Moga dengan adanya akta ini, bukan sahaja peranan pekerja sosial akan lebih dihargai, tetapi ia juga akan menggalakkan lebih ramai individu muda untuk melibatkan diri dalam bidang ini sebagai satu kerjaya.

Program ini melibatkan pelajar daripada Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial dari tahun pertama hingga keempat. - KitaReporters


Album kenangan selepas majlis perasmian.

Prof Haris (duduk, dua dari kanan), Royzekry Daniel Royjefry (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama pensyarah dan pelajar jurusan pentadbiran sosial yang menghadiri kongres.

17
18
0
7
0

Copy Link: