Berita baik buat mahasiswa! Bantuan subsidi inisiatif FlySiswa naik kepada RM400! Mulai 1 Jan 2025!
Published byBerita baik untuk semua mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mulai 1 Januari 2025, bantuan subsidi di bawah inisiatif Madani iaitu FlySiswa akan dinaikkan dari RM300 kepada RM400, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berharap penerusan inisiatif khas itu akan dimanfaatkan sebagai mungkin untuk keluarga dan yang tersayang.
"Saya mengumumkan kenaikan bantuan subsidi inisiatif FlySiswa dari RM300 kepada RM400 mulai bermula 1 Januari 2025.
"Semoga anak-anak mahasiswa dapat manfaatkannya untuk keluarga dan yang tersayang sambil terus memusatkan tumpuan kepada penguasaan bidang dan disiplin yang diceburi," jelas beliau.
Inisiatif FlySiswa ialah sebuah program yang bertujuan memsubsidi sebahagian kos penerbangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan supaya kosnya tidak begitu membebankan.
Terdahulu, Perdana Menteri hadir pada satu majlis bersama ribuan mahasiswa di UiTM Shah Alam pada petang 12 Disember 2024.
"Saya memberi pencerahan kepada keperluan untuk memperkuat kesatuan kenegaraan yang tidak boleh sama sekali diremehkan.
"Saya bicarakan bahawa tanggungjawab menegakkan kebenaran atas dasar fakta menjadi begitu terpenting yang mesti dijadikan budaya oleh anak-anak mahasiswa," katanya.
Sehubugan itu, Anwar berkata, dalam menyikapi pelbagai isu semasa yang dekat dengan rakyat, mahasiswa diminta jangan diperangkap dengan naratif yang mengarah kepada kehancuran dan kebinasaan sistem tata masyarakat.
"Sebagai ‘conscience of the majority’ atau jurubicara rakyat, anak-anak muda terutama dalam kalangan mahasiswa mesti lebih tangkas menegak fakta dan tanam serta benam naratif perkauman yang merosakkan.
"Tidak terhad kepada itu, wujud segelintir gerombolan yang sengaja menanam kebencian atas dasar wilayah, kenegerian dan sebagainya sebagai memaju kepentingan yang tempang.
"Mari bersama kita pupuk budaya kecintaan antara masyarakat, perkukuh kemajmukan sebagai tiang kekuatan, dan semai rasa kasih kepada yang miskin dan melarat," tegas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media