Dr Fadzli Adam (kanan) dan Richard Makepeace (kiri) menandatangani MOU


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu meneruskan agenda pendidikan ke peringkat global terutama dalam memartabatkan agama Islam apabila mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan institusi pendidikan terkenal di luar negara

Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS) di London, United Kingdom, pada 25 Mei 2022 lalu menjadi satu lagi usaha yang dilakukan oleh UniSZA dalam pengembangan pendidikan Islam pada peringkat antarabangsa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan memorandum persefahaman (MoU) 

Dr Fadzli dan Makepeace bertukar dokumen MoU


Pada majlis itu, UniSZA  yang diwakili Naib Canselor, Prof. Dr. Fadzli  Adam, manakala Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS) yang diwakili Pendaftar, Richard Makepeace.

MoU tersebut sebahagian usaha UNISZA bagi mewujudkan perkongsian akademik dan penyelidikan. 

Majlis MoU tersebut turut  disaksikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  Profesor Datuk Dr. Husaini Omar yang mewakili menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Turut hadir dalam majlis yang bersejarah itu  adalah Pengarah Bahagian Governan IPTA, Ahmad Rizal Adnan dan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Apli Yusoff.


 

Dr Fadzli Adam


Dr Fadzli berkata, Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom telah diasaskan pada tahun 1985 sebagai badan amal pendidikan berdaftar dan Penaungnya adalah Putera Wales, iaitu Putera Charles. 

Manakala tadbir urus pusat ini diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada ulama dan negarawan dari seluruh dunia, dan wakil Universiti Oxford yang dicalonkan oleh Majlis.

Menurutnya, menerusi MoU tersebut kedua-dua pihak membuat perancangan bidang kerjasama meliputi aspek program mobiliti dan pertukaran pelajar dan staf akademik dan pentadbiran serta pertukaran maklumat, penerbitan, laporan dan lain-lain perihal akademik.

Selain itu,katanya, ia juga membabitkan Program Syarahan Akademik dan perbincangan meja bulat antara staf akademik uniSZA bersama Oxford Centre for Islamic Studies.

“MoU ini dijangka dapat menambahkan jaringan antarabangsa dan penembusan pasaran siswazah serta staf UniSZA,” katanya. - KitaReporters


Rombongan dibawa melawat ke sudut pameran di Oxford Centre Islamic Studies, United Kingdom

 

13
10
1
14
0

Copy Link: