/


KitaReporters akan menaja tiket penerbangan pergi dan balik dalam negeri kepada pemenang pertandingan kategori khutbah sempena sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2024 anjuran Unit Bahasa Arab, Pusat Bahasa Dan Pengajian Umum dengan kerjasama Pejabat Timbalan Rektor Akademik dan beberapa Fakulti Pusat Pengajian di UniSIRAJ.

Pengarah Program Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2024 Nurul Husna Noorzamri berkata, hadiah tiket penerbangan ini adalah antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sempena penganjuran Hari Bahasa Arab oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu daripada bahasa rasmi pertubuhan dunia.

Katanya, program ini akan berlangsung pada 15 dan 18 Disember 2024 ini dengan matlamat pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDG) yang dikemukakan oleh PPB pada September 2015.



Antara pengisian program yang akan dianjurkan ialah berkonsepkan kesihatan dan kesejahteraan, pendidikan berkualiti dan kerjasama demi matlamat.

Nurul Husna menambah objektif program ini adalah memperkasa budaya ilmu mengenai bahasa Arab dalam kalangan warga universiti ini, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar sekolah menengah zon utara dan pelajar antarabangsa terutama dari Thailand.

"Kami juga berterima kasih kepada beberapa penaja yang sudi berkerjasama bagi menjayakan sepanjang program ini berlangsung nanti," sambungnya lagi.

Dalam pada itu, antara pengisian program ialah Arabic Running Man, Musabaqah Insyak, Ikhtibar Zaka’, Khutbah, takzkirah, debat, nasyid, poster online dan musabaqah Qissah Qosiarah.

Rektor UniSIRAJ Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dijangka melakukan majlis penutup dan penyampaian hadiah. - KitaReporters


11
9
0
8
0

Copy Link: