Video| AS pengecut, biadab! Bacul berdepan kemarahan, bantahan warga Malaysia! Terus tutup kedutaan!
Published by
KitaReporters
--title--
Kami mengutuk sekeras-kerasnya sikap biadab dan angkuh pihak Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di KL yang enggan menerima memorandum bantahan sempena demonstrasi pada 11 Oktober 2024 bagi mengingati satu tahun jenayah genosid dilakukan oleh Zionis Israel di Gaza yang didukung sepenuhnya oleh AS.
Walaupun pihak MAPIM telah menghantar notis kepada kedutaan AS lebih 10 hari sebelum ini untuk menyerah memorandum, namun pihak kedutaan menutup pintu dan tidak membenar diserah ke dalam rumah pengawal seperti yang sering dilakukan selama ini. Memorandum hanya dimasukkan ke dalam pintu surat.
AS dalam keadaan panik dan tidak tahu bagaimana hendak respons kepada kemarahan rakyat. Oleh kerana Israel mengisytihar PBB sebagai organisasi teroris dan mengoyak piagam PBB , kami menyarankan Malaysia mengambil sikap tegas terhadap AS.
Malaysia perlu mengambil peranan yang berani mengisyaratkan kepada AS agar menghentikan Israel daripada genosid.
Kami merumuskan AS dalam keadaan defensif dan tidak berani berdepan dengan wakil demostran kerana AS jelas tidak mampu mempertahan kezaliman dan keganasan Israel.
Sementara ratusan ribu rakyat AS sendiri bangkit mengecam administrasi Joe Biden, jutaan rakyat di seluruh dunia turut turun di jalanan mengutuk AS bersekongkol dengan Israel.
Malah rakyat di Israel juga bangkit menolak Netanyahu yang gagal mengendalikan isu perang Gaza.
Malangnya tindakan biadab ini ditunjukkan di bumi Malaysia. Kedutaan AS ternyata pengecut dan tidak berani berdepan rakyat Malaysia.
Memorandum itu ditujukan kepada Joe Biden, Kamala Haris dan Donald Trump. Ketiga-tiga penjenayah AS ini berpendirian yang sama iaitu mereka menyokong Israel tanpa syarat walaupun menanggung lebih USD$13 bilion untuk mensenjatai Israel sepanjang perang dan masih terus membekal senjata.
Israel jelas diputuskan oleh ICJ telah melakukan jenayah genosid.
Selama jenayah Israel dibiar tanpa hukuman (impunity), AS jelas bersekongkol (complicity) sepenuhnya dengan kezaliman dan keganasan Israel dan turut bertanggungjawab membunuh lebih 42,000 penduduk Gaza termasuk 17,000 kanak-kanak.
Kami mengutuk AS yang menjadi negara paling utama membekal bantuan militari berskala besar kepada Israel, dan AS tahu Israel mengguna senjata AS untuk membunuh dan menghancurkan Gaza. Ini bercanggah dengan undang-undang AS sendiri .
Kami telah mendesak AS menghentikan pembekalan senjata, menarik keluar tentera Israel dari Gaza, membuka pintu bantuan kemanusiaan dan menamatkan kepungan ke atas Gaza.
Ternyata AS takut dengan kebangkitan rakyat di seluruh dunia. Di Malaysia Kedutaan AS selalu menjadi sasaran demonstrasi rakyat kerana AS adalah dalang jenayah Zionis Israel di Palestin.
Kami menegaskan tidak akan mengundur daripada terus berdemonstrasi di depan kedutaan AS. AS mesti merasai tekanan dunia terhadap dasarnya menyokong negara teroris Israel.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
9
11
0
12
0