Amat memalukan! Majlis Keselamatan PBB gagal putuskan usul Rusia! Gencatan senjata di Gaza! - ABIM
Published byKredit video: Daripada HAMZA H A DEIRAWI di Gaza
"Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencermati perkembangan terkini Persidangan Majlis Keselamatan PBB dalam mencari jalan penyelesaian berhubung konflik yang berlaku di wilayah Palestin.
ABIM menegaskan usul yang dibawa Rusia untuk menetapkan resolusi gencatan senjata gagal dicapai adalah sesuatu yang amat memalukan.
"Dalam laporan PBB menyatakan kegagalan tersebut disebabkan kegagalan usul tersebut mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota Majlis Keselamatan PBB.
"Dalam undian yang dibuat, usul tersebut hanya diterima oleh empat negara anggota iaitu Rusia (pembawa usul), China, Gabon, dan UAE.
"Usul tersebut ditolak oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, manakala sembilan negara anggota memutuskan untuk berkecuali iaitu Albania, Brazil, Ecuador, France, Ghana, Japan, Malta, Mozambique, Switzerland.
Kredit foto: Daripada HAMZA H A DEIRAWI di Gaza
"ABIM menegaskan krisis kemanusiaan di Gaza khususnya pada 27 Oktober 2023 yang memasuki hari kedua puluh kian memuncak dengan catatan kematian penduduk Gaza mencecah 7,000 korban yang melibatkan banyak kanak-kanak, wanita serta orang tua.
"Maka, ABIM menegaskan semua pihak harus meletakkan nilai kemanusiaan di hadapan sebagai jalan menyelamatkan nyawa masyarakat awam dengan menolak kepentingan mana-mana blok politik.
"Kegagalan ini juga akan memberi kesan kepada kestabilan politik sejagat kerana kegagalan PBB berperanan di pentas politik antarabangsa." - Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)