'ODER FOOD' SYRIA!! ANDA PESAN, KAMI HANTAR
Published byPertubuhan kemanusiaan, Syria Care menyasarkan kutipan dana sebanyak RM7.5 juta melalui Kempen Ramadan Al Khair 8.0 tahun 2020 ini, sekali gus memperkenalkan kaedah pesanan makanan dalam talian, 'Oder Food'. Dengan dana sebanyak itu, ia mampu manfaatkan kira-kira 1 juta pelarian Syria pada bulan Ramadan 1441 ini. : KitaReporters.com
Majlis pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan Oder Food oleh Isteri Menteri Besar Selangor, Masdiana Mohamad (baju hijau) diiringi Siti Sakinah (tengah) dan para artis serta tetamu jemputan di Hotel TH Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 19 Februari 2020.
“Melalui pendekatan baru, ‘Oder Food’ yang menggunakan kaedah sama seperti Food Panda atau Grab Foods, ia memudahkan rakyat negara ini menghulurkan sumbangan bantuan makanan kepada pelarian Syria,“ kata Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Baki ketika menyampaikan ucapan pada pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria Care 8.0 dan Oder Food di sebuah hotel di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu, 19 Februari 2020.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang juga isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad.
Bercerita lanjut, Siti Sakinah memberitahu, melalui ‘Oder Food’, orang ramai boleh memilih antara dua pakej yang diperkenalkan iaitu pakej makanan siap masak berharga RM15 atau pek bekalan makanan untuk sebulan dengan harga RM150.
“Menjelang Ramadan tahun ini, tempahan boleh dilakukan bermula sekarang yang mana proses penghantaran dan agihan makanan kepada rakyat Syria akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa kelak,” jelas Siti Sakina.
Menurut beliau, ‘Oder Food’ adalah pendekatan baru mengikut trend masa kini yang dilancarkan pada 20 November 2019 daripada nama asalnya ‘Food4Syria’ yang bermula sejak tahun 2012.
“Sehingga kini kami telah menyalurkan sumbangan makanan kepada 1 juta pelarian Syria.
"Malah selepas penjenamaannya pada 20 November 2019, ’Oder Food’ telah menghantar sebanyak 4,450 unit pek dan dari jumlah itu, 18,750 orang telah mendapat manfaatnya,” tambah Siti.
Beliau yakin dengan konsep yang lebih mudah di hujung jari itu, lebih banyak sumbangan dapat dicapai menepati taglinenya #noweveryonecanhelp apatah lagi rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa mereka yang murni dan bersedia membantu.
“Anda pesan, kami hantar, begitu mudah sekali untuk berbuat amal malah besar pahalanya menderma dan memberi makan kepada orang pada bulan Ramadan, “ tambah Siti.
Bayangkan ketika kita menyuapkan rezeki ke mulut saat bersahur dan berbuka, pelarian Syria hanya mampu menggalas perut seadanya.
Berdasarkan kajian Program Makanan Sedunia (WFP), bagi negara Syria pada tahun 2019, dilaporkan seramai 6.5 juta orang tidak berkeupayaan memenuhi keperluan makanan mereka, manakala 2.5 juta lagi berada dalam risiko tidak beroleh makanan.
Namun lebih mengejutkan apabila di Malaysia, angka pembuangan sisa makanan menunjukkan rakyatnya membuang kira-kira 16,688 tan makanan setiap hari yang sebenarnya mampu menyuap kira-kira 12 juta orang yang kelaparan.
Wow! Satu angka yang cukup memeranjatkan!
Tetapi itulah hakikatnya setelah melihat laporan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbadanan Pembersihan Awam (SWCorp).
Jadi apa kata untuk tahun Wawasan 2020 ini kita ubah sikap, kurangkan pembuangan sisa makanan dan banyakkan pula membuat amal ibadah apatah lagi menjelang Ramadan ini.
Melalui Oder Food anda dapat menyelamatkan jutaan rakyat Syria yang kelaparan.
Caranya mudah sahaja, sila ke https://www.syriacare.org,my/oderfood dan klik link pada bio @syriacaremalaysia dan pilih Oder Food sama ada Mini Box atau Family Box.
“Kegembiraan mereka, kebahagian kita bersama,” akhiri Siti Sakinah.
Sementara itu, Datin Seri Masdiana dalam ucapan perasmiannya. memuji langkah diambil SyriaCare dalam menggerakkan program Oder Food sebagai medium menyalurkan bantuan makanan.
“Ini satu idea yang cukup ke hadapan dan sangat mengikuti perkembangan semasa,” ujar beliau.
Isteri Menteri Besar Selangor itu menyeru agar semua pihak sama-sama menyokong usaha murni Syria Care sempena Kempen Ramadan Al Khair 8.0 ini.
Daripada Anas Bin Malik r.a. bersabda Rasullullah s.a.w., “Sedekah yang paling utama adalah bersedekah di dalam bulan Ramadan”.
Jadi jom kita mulakan ‘Oder Food’ sekarang dan tidak tunggu sehingga bulan Ramadan bagi memudahkan Syria Care menyediakan makanan tersebut untuk 1 juta rakyat Syria yang akan berpuasa bermula pada hujung April nanti. - KitaReporters.com
Penghantaran 'Oder Food" akan bermula bulan Ramadan nanti. - Foto dari laman web Syria Care.