.

Gambar laporan The New York Times mengenai Ramly Burger yang dikongsi oleh pemilik restoran Kampar dalam Instagram mereka. - Kredit foto: IG Kamparphilly.


Restoran Kampar di Philadelphia, Amerika Syarikat yang menghidangkan Ramly Burger serta makanan Malaysia yang lain. - Kredit foto: Facebook Kampar Restoran


Siapa menyangka jenama tempatan yang dimulakan secara kecil-kecilan untuk menghasilkan daging burger halal di rumah oleh Ramly Mokni bersama isterinya pada tahun 1978 mampu berkembang ke luar negara dan mendapat sambutan luar jangkaan  di Amerika Syarikat.

Pada peringkat awal daging burger ciptaannya kurang mendapat sambutan apatah lagi ketika itu permintaan terhadap produk bumiputera amatlah rendah memaksa mereka membuka gerai burger berhampiran Chow Kit dan mula mengubah rasa mengikut cita rasa tempatan.

Sejak itu produk Ramly Burger terus berkembang maju dan dalam tempoh 40 tahun sejak 'dilahirkan'. Kita patut tumpang bangga jenama anak tempatan kini mampu terbang tinggi menjadi jenama hebat setanding produk luar negara di bumi 'Uncle Sam'.


Pemilik restoran Kampar, Ange Branca menunjukkan Ramly Burger yang terdapat di restorannya masih mengekalkan cita rasa Malaysia walaupun dijual di Amerika Syarikat. - Kredit foto: Neil Santos.


Menurut laporan Yahoo News, sebuah kedai makan bernama Kampar, yang terletak di Philadelphia, Amerika Syarikat, terkenal dengan hidangan Ramly Burger dan telah mendapat perhatian The New York Times yang merupakan antara media paling berpengaruh di dunia.

Hanya selepas enam bulan dibuka, restora Kampar yang menjadikan Ramly Burger sebagai salah satu daya tarikan utama kedai tersebut telah mendapat pengiktirafan besar melalui artikel  bertajuk 'Ramly Burger at Kampar in Philadelphia' terbitan The  New York Times.

Antara lain, artikel tersebut turut melahirkan rasa kagum bagaimana burger jalanan di Malaysia mampu diangkat menjadi hidangan istimewa di bumi Amerika Syarikat yang dijual dengan harga mencecah USD$19 iaitu kira-kira RM88 tiap satu.


Cita rasa Malaysia di Amerika Syarikat, burger dihidangkan bersama potongan cili jeruk di restoran Kampar , di Philadelphia, Amerika Syrikat. - Kredit foto: IG Kamparphilly


Restoran Kampar bukan sahaja terkenal dengan sajian Ramly Burger, malah turut menyediakan hidangan makanan Malaysia lain yang mendapat reaksi  positif penduduk setempat. 

Cef yang juga pemilik Kampar, Ange Branca berkata, terdapat dalam kalangan pelanggannya yang mengharap agar dia menghasilkan makanan Malaysia yang lebih klasik dan mempersoal kenapa burger terdapat dalam senarai menu, namun dia memberitahu pelanggannya bahawa Ramly Burger adalah makanan Malaysia.

"Kami menerima maklum balas positif mengenai Burger Ramly kami daripada pelanggan dan sangat teruja untuk berkongsi dengan dunia. Terima kasih kepada rakan kongsi yang membantu kami menghasilkan burger yang sedap ini.

"Bagi memastikan keaslian serta kualiti Ramly Burger, Kampar Philly bekerjasama dengan beberapa rakan tempatan yang membekalkan daging halal iaitu Al-Bakara, pembuat roti, Merzhacher's Bakery dan pembekal telur Smith Poultry," katanya. -KitaReporters


Ramly Burger berasaskan cita rasa Malaysia yang dijual di restoran Kampar di Amerika Syarikat kelihatan menyelerakan. - Kredit foto: IG Kamparphilly.

16
9
0
13
0

Copy Link: