Video| Berita baik untuk para isteri! Nak periksa sejarah chat WhatsApp suami? Ini caranya! Mudah je!

Published by
KitaReporters


Apa perasaan sekiranya melihat pasangan (suami isteri) anda sentiasa membawa telefon pintar ke mana-mana walaupun berada di dalam rumah. Pasti akan menimbulkan syak wasangka. Paling ketara, dia tidak berkongsi kata laluan dengan anda.

Ada juga pasangan yang tidak kisah berkongsi kata laluan telefon pintar. 

Namun, ia tidak menjamin pasangan anda tidak menyimpan rahsia. Biasanya orang seperti ini lebih pintar dan berbahaya. Awal-awal lagi dia sudah memadam semua bukti kecurangan yang ada di dalam telefon pintar.



Namun, tahukah anda telefon pintar yang ada sekarang tidak sama dengan telefon dulu-dulu? Semakin canggih telefon pintar itu, semakin canggih juga cara mengodamnya. Semuanya hanya pada hujung jari sahaja.

Seorang pengguna TikTok bernama Zul Zainal4 telah berkongsi cara yang sangat berbahaya dan ditakuti pasangan berumah tangga terutamanya suami yang suka curang. 

Dia telah berkongsi cara untuk memeriksa sejarah (history) chat WhatsApp suami. Berita gembira buat para isteri yang mengesyaki suaminya curang.


Kaedah ini juga membolahkan anda melihat sejarah foto yang dikongsi dalam WhatsApp.


Cara atau kaedah tersebut membuatkan seorang isteri dapat mengetahui dengan siapa suaminya berbual dan berkongsi gambar. Justeru, andai pasangan curang, maka akan dapatlah jawapannya. 

Namun, sebelum melakukannya, tenang-tenang dahulu sebelum perang bak kata Zul Zainal4 dalam video yang dikongsinya itu.

Zul Zainal4 menjawab pertanyaan seorang netizen bagaimana cara untuk mengetahui WhatsApp suami kalau dia ada perempuan lain.


Pelbagai jenis file boleh dijumpai.


"Berani betul nak tahu. Lebih baik tak payah tahulah kak. Buat menyakitkan hati sahaja. Tapi disebabkan akak nak komen punya pasal, jom saya tunjukkan caranya. 

"Tapi sebelum itu jangan lupa save video ini dan add to favourite sebelum ia hilang daripada radar. Tengok sampai habis dan jangan tanya lagi,” katanya dalam video tersebut.




Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan berkata tidak perlu ambil tahu dan serahkan sahaja kepada Allah SWT. 

“Tak payah ambil tahu chat suami. Serahkan sahaja kepada Allah. Sekelip mata Allah boleh tunjukkan,” tulis salah seorang netizen.

Namun ada juga netizen yang setuju dengan cara ini. Walaupun hati sakit tetapi sekurang-kurangnya dapat tahu hal sebenar.

“Walaupun rasa sakit hati tapi kita puas hati sebab tahu perangai dia belakang saya. Terima kasih sifu yang handsome,” tulisnya. - KitaReporters


12
13
0
14
0

Copy Link: