Berita Terkini| Perbicaraan penuh kes kartel daging Dis 2021! Babitkan 2 pengarah, 1 pengurus!
Published byGambar hiasan… Isu kartel daging menggemparkan negara sejak dilaporkan pada Disember 2020. - Kredit foto: mykhilafah.com
PERBICARAAN penuh kes kartel daging yang menggemparkan negara sejak dilaporkan media pada akhir tahun 2020 akan diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2021.
Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata
perbicaraan membabitkan sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya,
yang didakwa atas 21 pertuduhan.
“Pertuduhan
berkenaan termasuk bagi kesalahan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo
halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku.
“Mereka
yang terlibat sebenarnya telah didakwa pada Februari 2021 di Mahkamah Sesyen,
Johor Bahru.
“Sebagai perkembangan
susulan pendakwaan itu, satu perbicaraan penuh akan diadakan selama tiga hari
pada Disember 2021 nanti,” katanya dipetik laporan Sinar Harian bertarikh 22
September 2021.
Sementara
itu, untuk info pada 2 Disember 2020, media melaporkan mengenai kewujudan
kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan
Argentina.
Kartel
berkenaan membungkus semula daging tersebut menggunakan logo halal sebelum
menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. - KitaReporters