AJK SURAU TIDAK DIBENARKAN PEGANG JAWATAN POLITIK
Published byINDIVIDU yang berminat menduduki mana-mana kerusi jawatankuasa (AJK) surau di Selangor tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan politik.
Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK ) Surau Kariah Lestari Perdana 7 (LP7) bagi sesi 2020-2022 bergambar kenangan bersama Nazir Masjid Al Muttaqqin, Taman Equine, Wan Jamali Wan Kamruddin (empat dari kiri) salepas selesai Mesyuarat Agung Khas pemilihan pada Rabu malam lalu (8 September).
Langkah ini bertujuan untuk menjaga keharmonian rumah Allah daripada dicemari dengan perkara-perkara bertentangan dengan agama Islam atau yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat setempat.
Sehubungan dengan itu mana-mana individu yang dicalonkan memegang jawatan AJK surau bagi pemilihan sesi 2020 - 2022 jika terlibat dengan politik perlu memilih salah satu sama ada terus kekal dengan parti siasah atau hanya sebagai AJK surau sahaja.
Perkara ini diberitahu oleh Wan Jamali Wan Kamaruddin yang merupakan Nazir Masjid Al Muttaqqin, Taman Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Khas Pemilihan AJK kali ke-2 ( Sesi 2020-2022), Surau Lestari Perdana 7 (LP7) Rabu malam (8 September) di pekarangan surau berkenaan.
Keahlian jemaah surau yang berdaftar sehingga hari ini berjumlah 78 orang.
Ciri-ciri ini, katanya merupakan antara syarat pelantikan AJK Surau yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) antara lain bertujuan mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan jemaah surau dalam sesuatu qariah.
"Selain itu, JAIS juga turut menetapkan syarat pelantikan mereka yang dicalonkan mestilah tidak terlibat dengan kegiatan negatif saperti jenayah, pecah amanah, penyalahgunaan barangan terlarang, rasuah dan sebagainya, " ujar beliau.
Menurut Wan Jamali, Surau LP7 merupakan generasi termuda daripada 17 buah surau di bawah pentadbiran Masjid Al Muttaqqin.
Mesyuarat Agung Khas Pemilihan AJK baru yang berlangsung dalam suasana harmoni dan santai berjaya menggabungkan antara generasi muda bakal pemimpin masa depan dengan golongan dewasa berpengalaman dalam barisan AJK merupakan kombinasi mantap untuk memaju dan meningkatkan prestasi ke arah menjadikannya sebagai sebuah institusi komuniti khususnya bagi menarik minat golongan muda serta kelompok mereka yang suka membuang masa bersidai di kedai-kedai kopi menjinakkan diri ke rumah Allah.
Pada pemilihan kali ini, Pengerusi sedia ada, Haji Abdul Rahim Ali berjaya mengekalkan jawatannya dengan menewaskan Haji Hassan Abdullah. Bagaimana pun ahli kariah pada pemilihan itu kemudian melantik Haji Hassan sebagai Timbalan Pengerusi.
Bagi jawatan-jawatan lain:
Imam : Mohd Amin Md. Ahya (muka lama )
Bilal : Ismail Ibrahim, Siak , Mohammad Ibrahim (muka lama)
Setiausaha : Mohd. Nasul Ahmad
Penolong Setiausaha : Shahnizam Shaharuddin
Bendahari : Mohd. Kiri Jit
Ketua Pemuda : Abdul Rahman Abdul Hamid
Ketua Muslimat : Arbaiyah Aini
Pengurus Jenazah Muslimat : Roziah Romly.
Tiga orang AJK yang dipilih ialah Hairi Eberahim, Farah Izzati Hasnan dan Nor Hapizah Mohammed Ullah
Dua Pemeriksa Kira Kira : Mohd. Isa Ibrahim dan Mohd. Razali Sayuti
Sebelum ini Surau Lestari Perdana 7 juga dikenali dengan nama Surau Al Maudoodi, bagaimana pun setelah pendaftarannya dikemukakan kepada JAIS ditukar kepada Surau LP7 hasil persetujuan dalam mesyuarat khas bagi penukaran nama berkenaan.
Cadangan untuk nama Surau LP7 memperolehi 7 undian, Darul Salam 4 undi, Saidina Umar dan Asy Syahid masing-masing satu undi.
Sebahagian jemaah Muslimin yang hadir.
Antara jemaah Muslimat yang hadir memeriahkan mesyuarat kali ini.