[VIDEO] JENTIK JIWA: JOM ISTIGHFAR, MOHON KEAMPUNAN

Published by
KitaReporters
RASULULLAH SAW yang diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang oleh Allah SWT tidak pernah meninggalkan istighfar. 

Kita? Dosa kita yang menggunung-gunung tetapi masih merasa suci dan bebas dosa! Tidak malukah kita kepada insan mulia lagi maksum, Nabi Muhammad SAW?

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali,” - Riwayat Bukhari (6307).

Pada masa ini, sudah menjadi trend dalam kalangan kita, apabila ditimpa kesempitan seperti kusutnya pemikiran dan ditimpa masalah yang pelbagai akan mengadu hal kepada 'dinding muka buku'. 

Pintalah kepada Raja Sekalian Alam, Pemilik Alam Semesta ini.

Pohonlah keampunan daripada-Nya atas segala dosa-dosa kita.

Peringatan ini ditujukan khusus kepada diri penulis sendiri.

2
0
0
0
0

Copy Link: