ALLAH SETIA MENUNGGU, MERINDUI RINTIHAN, DOA KITA
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.
Kongsi minda bersih jiwa.
Renungan..
Allah setia menunggu
Kita pula keliru
Antara takdir dan ujian
Masih ingatkah kita?
Akan suatu masa
Sewaktu kita kecil kita sangat kuat.
Selalu terjatuh semasa bermain, tapi masa itu tak sakitpun. Kita menangis. Kita bangkit kembali. Banyak kali kita gagal.
Bangkit dan terus berjalan.
Banyak kali juga kita bergaduh dengan kawan-kawan, tapi tak lama, selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Gaduh lagi tapi tetap terus berkawan. Ada yang sampai hari ini macam adik beradik.
Tapi, ketika kita meniti kedewasaan, kekuatan itu semakin hilang. Kita jadi tak sabar, pemarah dan asyik salahkan orang.
Kita rasa kita sahaja yang betul.
Yang sedihnya, bila ditimpa dugaan, kita bersedih.
Waktu diuji, kita merungut. Kita langsung tak bersyukur!
Sehingga ada antara kita, mengalah dengan ujian Allah. Sedang Allah setia menunggu, nak dengar rintihan dan doa daripada hamba yang amat dirindui-Nya. Nak dengar suara kita meminta tolong dari-Nya.
Akan tetapi..
Kita salahkan takdir Allah
Kita lupa Allah mahu menguji.
Kita cepat lupa diri.
Kita tak boleh susah, nak senang sahaja
Dalam hidup ini, tak siapa mahu susah, semua hendak senang.
Nak hidup gembira, nak bahagia.
Nak kaya raya, nak berjalan merata-rata
Nak bergaya, segak sentiasa
Tapi tak semudah itu Allah nak bagi
Dia bagi yang kita perlu, bukan yang kita mahu.
Hadam betul-betul, fikir.
Takdir atau kebetulan, itu habuan masing masing..
Ingatlah..
Hidup adalah pilihan
Tanam azam, hendak berjaya, hendak bahagia
Jangan biar jatuh lagi
Jangan salahkan orang, salah diri sendiri
Muhasabah diri, baiki kelemahan
Berkongsi kelebihan
Jangan berhenti cari ilmu
Gali dan hayati, simpan di hati
Jangan lupa bertemu Ilahi
Lima waktu sehari, tambahan yang perlu
Buat selalu jangan jemu
Jangan lupa setiap yang berlaku bersebab.
Bukan takdir atau kebetulan
Tapi sebab Allah buka jalan
Menjadi antara insan pilihan
Mendapat restu dan keberkatan
Dalam rahmat takdir-Nya Tuhan.
❤️🌹 Selepas hujan lebat, Allah hadirkan pelangi yang cantik. Tapi kenapa kita masih mengenang hujan yang pergi sedangkan pelangi ada di hadapan mata. ❤️🌹