[VIDEO] TM GROUP CORAL MALAYSIA INCUBATOR 2019

Published by
KitaReporters
PULAU BIDONG, sebuah pulau yang istimewa dengan keindahan pantai, khazanah laut dan nilai sejarahnya. 

Selain menjadi destinasi istimewa buat para pelancong dari dalam dan luar negara, pulau ini turut mendapat kelulusan sebagai tapak selaman untuk aktiviti pembiakan karang dan juga diiktiraf sebagai Pusat Propagasi Karang pada peringkat global.

Justeru, di bawah inisiatif Tanggungjawab Korporat, Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia (YCM), Jabatan Perikanan (DoF) dan Kerajaan Negeri Terengganu, telah menganjurkan program MyCoral Incubator 2019, untuk edisi yang ketiga di Pulau Bidong, Terengganu.

Dengan menjadikan aktiviti propagasi karang sebagai salah satu elemen utama pendidikan ekosistem marin,  Telekom Malaysia telah bersama-sama memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan kepentingan ekosistem marin. 

Propagasi karang ini juga telah membantu komuniti nelayan tempatan dalam mencipta pendapatan alternatif bagi mereka.

Tonton video sorotan majlis pelancaran dan program MyCoral Incubator 2019 yang telah berlangsung pada 6 Julai 2019 yang lepas. Selamat menonton dan lindungilah ekosistem marin kita untuk generasi masa hadapan!


Pautan artikel ini adalah di https://www.facebook.com/watch/?v=2533029753408324

Artikel ini disiarkan semula sebagai bahan sokongan kepada rencara bersiri mengenai penternakan karang tulisan Jamhariah Jaafar. - PENGARANG

 

3
0
0
0
0

Copy Link: