[VIDEO] MALAYSIA, PAKISTAN, TURKI WUJUDKAN SALURAN TV
Published byTIGA negara, Malaysia, Pakistan dan Turki secara bersama telah bersetuju untuk mewujudkan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran Islamophobia ketika ini.
Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat tiga pihak antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di luar Sesi Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 di New York, Amerika Syarikat, semalam.
Imran melalui ciapan Twitternya berkata: "... kami bersetuju tiga negara ini akan bersama-sama memulakan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menghadapi cabaran Islamophobia dan melakukan penjelasan yang tepat bagi agama agong ini - Islam."
"Persepsi negatif (mengenai Islam) yang menyebabkan ramai pihak menentang orang Islam akan diperbetulkan; isu berkaitan kata-kata kufur terhadap Allah akan diterangkan mengikut konteks yang betul; siri dan filem sejarah Islam akan diterbitkan bagi membolehkan ia memberi pengajaran dan pengetahuan kepada masyarakat Muslim dan dunia; orang Islam akan diberikan pendedahan media yang khusus," ciap Imran lagi.
Dr. Mahathir, yang tiba di New York Selasa lalu mengetuai delegasi Malaysia di UNGA yang turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Agensi