Kehadiran Fasha Sandha jadi tumpuan! Walaupun hanya sekadar jemputan! Syukur masih diburu media!
Published byFasya (lima dari kiri) bersama peminatnya memperagakan koleksi abaya Alfaro di gedung Alfaro Bandar Baharu Bangi.
Pelakon yang masih meletop, Fasha Sandha, 39, bersyukur dirinya masih menjadi buruan pihak media walaupun kehadirannya di dalam sesebuah majlis hanya sebagai tetamu jemputan sehingga dikatakan ‘overshadow’ personaliti utama lain pada sesebuah majlis.
“Gurl terharu sangat dengan perhatian pihak media terhadap Gurl, mungkin sebab hubungan Gurl bersama media sangat rapat, jadi mungkin itu yang menyebabkan mereka sering menemu bual Gurl walaupun bukan kehendak Gurl untuk mencuri perhatian majlis,” ujar Fasha yang membahasakan dirinya ‘Gurl’ malah nama manjanya itu menjadi sapaan pihak media terhadapnya.
Fasha mengulas pandangannya itu ketika diminta komennya apabila beliau menjadi perhatian utama ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah produk baru-baru ini di mana adiknya, Elisya Sandha menjadi duta malah turut dihadiri Nora Danish yang kemudiannya menjadi berita utama media berbanding majlis pelancaran produk berkenaan itu sendiri.
“Hari ini pun terima kasih kerana ramai media yang hadir memberi sokongan,” kata Fasha ketika ditemui pada majlis pelancaran gedung penjualan pakaian Muslimah yang semakin dikenali, Alfaro, cawangan yang ke-10 di Bandar Baru Bangi pada Ahad, 25 Februari 2024.
Majlis menyaksikan acara memotong riben disempurnkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Alfaro, Farooq Ahmed Khan serta Muhammad Irfan selaku Pengarah Pemasaran Alfaro.
Dengan perluasan rangkaian outlet itu, Alfaro menyasarkan jualan mencecah RM5 juta sepanjang tempoh musim perayaan dan yakin berpotensi untuk memperoleh lebih RM30 juta sehingga penghujung tahun ini (2024).
"Sasaran RM30 juta bukan impian kosong semata-mata tetapi penuh dengan strategi yang dibuat mengikut keadaan semasa.
“Saya yakin dengan usahasama kerajaan mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi semasa. Apa-apapun kami tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara,” ujar Farooq.
Dari kiri: Farooq, Fasha dan Irfan.
Farooq memberitahu, untuk tahun ini selain abaya, Alfaro memberi fokus pada fesyen pakaian 'broked' dengan memperkenal lebih kurang 150 rekaan khas untuk hari raya mahu pun Ramadan selain menghasilkan produk baharu meliputi bag tangan wanita.
Menurutnya, seperti semua maklum, komitmen Alfaro adalah menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman membeli-belah yang terbaik dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ketika ini.
“Langkah perluasan ini merupakan strategi Alfaro dalam memperluas perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik,” jelas Farooq sambil yakin ketrampilan Fasya sebagai ‘Duta Alfaro’ membantu gedungnya mendapat perhatian ramai.
Fasha turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim bagi pihak Alfaro.
Fasha Sandha telah dilantik sebagai Duta Alfaro selama dua tahun sejak tahun lalu (2023) sempena mempromosikan Koleksi Ramadan dan Raya di gedung utama Alfaro bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada bulan Mac 2023.
“Alhamdulillah, saya gembira melihat beberapa rangkaian baharu Alfaro dan baru-baru ini di Johor Bahru, Shah Alam dan Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,” sambung Fasha.
Ditanya mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.
“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan memberi lebih daripada sepatutnya, ia adalah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama,” ujar pelakon yang terkenal dengan komitmen dan berdisiplin ini.
Dalam pada itu, menurut Fasha, dia sudah pun membuat persiapan baju raya Alfaro bagi sambutan Aidilfitri untuk dirinya dan keluarga.
Alfaro turut menyediakan baju Melayu untuk lelaki.
“Alfaro selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai.
“Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk membuat persiapan awal Raya dengan menyediakan baju-baju buat keluarga. Selesai satu tugasan saya. Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau terlepas pandang untuk persiapan baju raya nanti,” akhirinya.
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di gedung Alfaro berdekatan anda di Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh dan Johor Bahru. - KitaReporters