MOH 'BIJAK BERSAMA' LAPTOP MASA HADAPAN

Published by
KitaReporters
BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-30, Asus Malaysia memperkenalkan rangkaian empat model komputer riba terbaharunya dalam siri Zenbook meliputi ZenBook Duo, Zenbook Pro Duo, Zenbook 13/14/15 dan ZenBook edisi 30. : KitaReporters.com

ZenBook Pro Duo, terbaharu dari Asus. - Pix Asus Malaysia.


Malah sejajar kehadiran era 2020, menggelarkan kemunculan siri Zenbook ini dengan tagline ‘wiser together’ ia dicipta sebagai laptop (komputer riba) masa hadapan.

Lebih menarik, Asus Malaysia turut memperkenalkan komputer riba edisi terhadnya bagi meraikan ulang tahun ke-30 yang dinamakan ‘Asus Zenbook Edition 30’. 


Asus ZenBook Edition 30 dicipta khas sempena ulang tahun Asus Malaysia ke-30.


Istimewanya, 'Zenbook Edition 30' ini terletak pada rekaan luarannya yang dibaluti kulit asli rona putih buatan tangan dengan terapan logo Asus diperbuat daripada ‘rose gold’ 18 karat.

Dengan membayar RM5,199, anda berupaya memperoleh satu set Zenbook Edition 30 yang dilengkapi aksesori antaranya tetikus ‘pearl white’, sarung kulit dan kotak simpanan bertekstur kulit.

Kesemua empat model terbaharu Asus berkenaan telah dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur pada Khamis (14/11/2019) lalu.

Sejajar dengan ungkapan ‘wiser together’ atau bermaksud ‘bijak bersama’, majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran empat orang pencipta kandungan terkenal Malaysia iaiatu bintang YouTube/Instagram aka blogger fesyen & gaya, Jane Chuck (gambar bawah, dua dari kiri); pereka fesyen Kittie Yiyi (kiri); pencipta video dan DJ, Phei Yong (kanan)'; serta Pengarah Pengiktirafan dan pengasas bersama studio produksi TheGRIMFLIM, Jared Lee (dua dari kanan).


Kesemua mereka bercerita mengenai pengalaman masing-masing terhadap penggunaan komputer riba terbaharu keluaran Asus Malaysia berkenaan.

Di samping pengeluaran 'Asus Zenbook Edition 30' yang diperkenalkan, tumpuan majlis turut fokus terhadap dua komputer riba yang mewakili komputer riba era baharu iaitu 'ZenBook Duo' dan 'ZenBook Pro Duo'.


Apa istimewanya kedua-dua siri laptop ini yang dikatakan komputer riba masa hadapan?

Pertama kali diumumkan pada Computex 2019, Asus ZenBook Pro Duo (UX581) dengan paparan sentuhan 15,6 inci dan ZenBook Duo (UX481) dengan paparan 14 inci, adalah komputer riba ultraportable yang memaparkan Asus ScreenPad Plus baru.

Sehubungan itu, sudah tentu Asus ZenBook Pro Duo  merupakan model komputer riba termahal sehingga mencecah RM12,999, manakala adiknya, ZenBook Duo masih di bawah paras mampu milik iaitu bermula dari RM4,699.

Dengan harga setinggi itu, sudah tentu 'ZenBook Pro Duo' dicipta untuk kegunaan golongan dalam industri kreatif malah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai tugasan ‘multi tasking’.


Ini kerana selain skrin utama 15.6 inci OLED HDR yang menyokong teknologi Pantone, sesuai digunakan untuk kerja suntingan video dan gambar, kewujudan ‘ScreenPad Plus’ iaitu skrin tambahan berukuran 12.6 inci di bahagian papan kekunci kedua mampu memperluas dan meningkatkan keupayaan interaktif pengguna.

Ia merupakan skrin yang bergabung dengan touchpad, sebesar 5.65-inci yang boleh diaktifkan untuk dijadikan pelbagai kekunci pantas atau skrin kedua untuk kawalan tambahan semasa menjalankan aplikasi.


Menjawab soalan kenapa ia sesuai untuk pengguna ‘multi tasking’?

Dengan ZenBook Pro Duo, pengguna boleh membuka lima ‘task group’ di skrin utama ditambah lagi tiga ‘task group’ di ScreenPad Plus pada masa yang sama.

Selain itu, kedua-dua skrin beresolusi 4K boleh dihubung kait sesama sendiri di mana aplikasi di skrin utama dapat dialih ke bahagian skrin papan kekunci kedua yang mempunyai ‘touch pad’ dilengkapi dengan  ‘num pad’, ‘handwriting’, ‘quick key’, ‘doc Xpert’, ‘Spotify’ dan sebagainya.


Berhubung spesifikasi dalamannya pula, ZenBook Pro Duo ini menggunakan generasi kesembilan, pemprosesan Intel Core dan mampu menampung sehingga 32 GB RAM dan turut dilengkapi enjin grafik NVidia GeForce RTX 2060 bagi rekaan grafik dan warna lyang lebih menarik.

Lihat perbezaan pada warna melalui LCD panel dan OLEd HDR Panel.


Manakala bagi 'ZenBook Duo' yang lebih mudah alih (UX481), menawarkan paparan LCD IPS LCD (tidak sentuh) Pantone FHD 14 inci  dan merupakan antara komputer riba pertama di dunia yang menampilkan generasi ke-10 Intel Core i7 CPU bersama dengan enjin grafik NVIDIA MX250.

Tetapi, sekiranya 'ZenBook Pro Duo', 'ZenBook Duo'  atau 'ZenBook Edition 30' ini bukan di dalam bajet, anda boleh memilih rangkaian siri ZenBook 13/14/15 yang lebih mampu milik.

Tiga saiz yang ditawarkan bermula pada harga RN4,399 (13”), RM4,499 (14”) dan RM6,499 yang berukuran 15 inci.


Pun begitu, setiap satu daripada varian ini dicipta dengan papan sesentuh (touchpad) - ScreenPad 2.0  berukuran 5,65 inci sekali gus menawarkan ketahanan bateri yang 2.5 kali lebih lama ketika papan sesentuh digunakan selain banyak ciri dan faedah baru diterapkan.

Pendekata, dengan pelancaran rangkaian komputer riba daripada Asus ini memberikan peluang kepada pengguna untuk memilih yang mana sesuai dengan kerjaya masing-masing.


Diyakini komputer riba Asus mampu menarik perhatian pengguna tegar komputer riba memandangkan sejak ditubuhkan paa tahun 1989, Asus telah berkembang sebagai pembuat ‘motherboad’ Nomber 1 di dunia selama dua dekad.

Malah pada separuh tahun 2019, Asus menjadi jenama komputer riba yang ke-3 di dunia dan yang pertama di rantau Asia Pasifik dengan pencapaian 31% saham negara serta 48% ‘market share’ sebagai komputer riba ‘gaming’.

Ini bermakna Asus membuktikan hampir satu daripada tiga komputer riba pengguna dan satu daripada dua komputer riba ‘gaming’ yang dibeli di Malaysia pada tahun 2019 adalah dari Asus.

Apa pun, jika mahu informasi lebih terperinci berhubung spesifikasi setiap model boleh layari laman web https://www.asus.com/my/Laptops/ZenBook-Series-Products/ - KitaReporters.com

Harga-harga rangkaian komputer riba terbaharu dari ASUS.

0
2
0
0
0

Copy Link: