Mencari tempat terbaik merawat jiwa? Boleh sertai pakej Umrah Keluarga Bahagia anjuran UGO Travel!
Published by
KitaReporters
--title--
Setiap insan pasti mengimpikan kebahagiaan, namun ia tidak pernah datang bergolek atau jatuh dari langit. Meskipun ada yang lelah mencarinya, bukan sedikit yang belum menemuinya, mungkin kerana pencarian kita tidak menghala ke tempat yang tepat.
Kenapa tidak memilih untuk ke Tanah Suci Mekah dan Madinah? Ia bukan sekadar destinasi untuk menunaikan ibadah umrah, tetapi juga tempat terbaik untuk merawat jiwa, terutama pada era yang serba mencabar ini.
Pada zahirnya, kehidupan kita mungkin nampak sempurna – rumah yang selesa, anak-anak yang bijak, dan kehidupan yang teratur. Namun, di sebalik senyuman manis, tersimpan konflik yang mungkin sudah lama membelenggu hati.
Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Hanafiah Abdul Malek, ramai yang berdepan dengan kekusutan jiwa akibat pelbagai masalah – anak yang derhaka, suami yang terluka, atau isteri yang kecewa.
"Masalah seperti ini sering berpunca daripada kegagalan komunikasi dalam keluarga. Kata-kata itu ibarat senjata; ia boleh mencetuskan perang atau membawa kedamaian," ujar Ustaz Hanafiah.
Beliau menambah, kekayaan harta atau jawatan tinggi tidak bermakna jika rumah tangga berantakan. "Kalau rumah tangga kita hancur, sebenarnya kita telah gagal. Kebahagiaan itu tidak akan hadir."
Namun, beliau turut mengingatkan bahawa ibadah umrah yang mabrur boleh menjadi kunci untuk memperbaiki keadaan keluarga. Umrah yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup, termasuk hubungan kekeluargaan.
Sehubungan itu Ustaz Hanafiah mempelawa umat Islam untuk menyertai pakej istimewa, Umrah Keluarga Bahagia. Pakej ini menawarkan lebih daripada sekadar perjalanan ibadah; ia adalah pengalaman transformasi yang memberi fokus kepada kebahagiaan keluarga.
“Sudah tiba masanya kita meluangkan sedikit masa untuk merawat jiwa dan keluarga. Tiada tempat yang lebih baik untuk melakukan ini selain di Tanah Suci, Mekah dan Madinah,” kata beliau yang juga merupakan ikon UGO Travel and Tours Sdn Bhd (UGO Travel).
Menariknya, dalam pakej ini, jemaah bukan sahaja akan diberi panduan ibadah umrah, tetapi juga kursus khas bertajuk Keluarga Bahagia. Kursus ini akan memberikan tips praktikal dan doa khusus bagi membantu ahli keluarga mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Insya-Allah, pengalaman ramai yang telah mendapat manfaatnya. Saya mengajak semua untuk membawa anak-anak yang bermasalah, suami atau isteri yang mungkin jauh daripada agama.
"Bawalah mereka ke tempat yang penuh keberkatan ini. Saya akan berkongsi cara untuk memperbaiki hubungan keluarga,” tambah beliau.
Menurut pendakwah itu lagi, sepanjang berada di Mekah dan Madinah, jemaah akan dipandu oleh pembimbing yang berpengalaman, memastikan ibadah umrah dilakukan dengan sempurna dan penuh keberkatan.
Jangan lepaskan peluang ini. Sertai pakej Umrah Keluarga Bahagia anjuran UGO Travel pada 3 Februari 2025 nanti. Semoga perjalanan ini bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada keluarga, tetapi juga mendekatkan kita kepada Allah SWT. - KitaReporters/Kenyataan Media
16
7
0
12
0