Video| Perhatian! Atas permintaan popular, jualan buku Big Bad Wolf dilanjutkan hingga 2 Jan 2024!
Published byBerikutan permintaan tinggi, Jualan Buku Big Bad Wolf akan dilanjutkan di Tropicana Gardens Mall sehingga 2 Januari 2024!
Sebagai bonus, koleksi buku baharu akan diisi semula, maka para pencinta sastera boleh mencari lagi lebih banyak tajuk untuk ditambah dalam senarai bacaan tahun 2024 mereka bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.
“Matlamat utama kami dengan Jualan Buku Big Bad Wolf adalah untuk memberi inspirasi serta memupuk amalan membaca dalam masyarakat.
"Kami sangat teruja melihat kerumunan besar pembaca buku yang aktif dalam tempoh beberapa minggu sahaja!
"Kami berharap agar pelanjutan Jualan Buku ini dapat menarik lebih ramai pembaca di luar sana dengan pilihan buku kami yang pelbagai," kata pengasas bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.
Selaras dengan misi Big Bad Wolf untuk membawa perubahan kepada dunia melalui buku, sebarang halangan untuk membeli buku baharu turut berkurangan.
Misalnya, pemburu diskaun akan teruja melihat pelbagai jenis tawaran menarik untuk menjimatkan poket mereka, termasuklah tawaran pakej seperti promosi tiga buku dengan harga satu, tawaran flash sale, serta beberapa tawaran saat akhir! Nantikan semua tawaran istimewa itu!
Selain itu, setiap tawaran hebat ini ditambah nilai dengan potongan harga yang sedia ada sehingga 95 peratus dengan harga buku bermula serendah RM3.
Dengan adanya lebih daripada 2 juta buku, anda pasti menemui tajuk daripada setiap genre yang memukau, buku pendidikan praktikal, novel fiksyen serta buku keagamaan dan kisah Nabi.
Bagi peminat tegar komik, jualan buku ini menawarkan lebih daripada 2,000 judul novel grafik tersedia iaitu lebih dari tiga kali ganda jumlah yang ditampilkan dalam edisi sebelum ini!
Jualan buku tahunan ini turut menampilkan kontinjen besar buku berbahasa Melayu yang menampilkan buku daripada lebih 50 penerbit tempatan.
Hal ini bukan sahaja menyediakan banyak pilihan buku kepada pembaca yang gemar membaca dalam bahasa Melayu dengan harga yang berpatutan, malahan membuka peluang unik bagi pembaca yang ingin menerokai karya-karya kesusasteraan Melayu.
Jacqueline Ng, pengasas bersama Big Bad Wolf Books menambah, “Kami sangat bersyukur kepada semua yang telah mengunjungi Jualan Buku Big Bad Wolf sejauh ini yang telah membantu kami mencapai matlamat untuk memupuk budaya membaca bagi golongan bukan pembaca.
"Peminat setia kami telah membuktikan bahawa benar-benar terdapat sebuah buku (atau dua!) untuk hampir setiap orang dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong Revolusi Buku kami.” - KitaReporters/Kenyataan Media