Untukmu ibu ayah! Go Shop lancar kempen Hari Ibu Bapa! Nikmati diskaun hebat, penghantaran percuma!

Published by
KitaReporters


Bersempena dengan Hari Ibu Bapa (Parents’ Day), Go Shop, platform beli-belah dan e-dagang barangan rumah Astro Malaysia telah melancarkan kempen Parents’ Day yang akan berlangsung sehingga 18 Jun 2023 untuk para pelanggan menikmati diskaun hebat dan penghantaran percuma. 

Kempen ini bertujuan memberi peluang kepada semua untuk menghargai para ibu bapa atas kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga, dengan hadiah istimewa khusus untuk ibu bapa daripada Go Shop.

Sempena kempen ini, Go Shop menawarkan diskaun dan promosi istimewa untuk pelbagai pilihan produk yang berbaloi. 

Antara produk yang ditawarkan termasuk barang kemas dan produk kesihatan dari jenama Ogawa, Gintell, Cheongdam, Sothys, BiO-LiFE, Thomson, Biogreen, Kinohimitsu, Tomei dan banyak lagi.

Pelanggan boleh menikmati penggunaan kod promosi* Love12, Love35 atau Love60 tanpa had untuk mendapatkan potongan sehingga RM60 bagi pembelian mereka, serta penghantaran percuma di seluruh Malaysia. 

Selain itu, pelanggan yang membeli-belah melalui aplikasi Go Shop boleh menikmati potongan sebanyak RM25 mulai 16 Mei hingga 18 Mei dengan perbelanjaan minimum RM200.

Bukan itu sahaja, Go Shop turut menyiarkan program eksklusif Geng Ayah Bonda dalam Astro Saluran 118 setiap hari Isnin, Rabu dan Ahad pada pukul 11 pagi untuk memaparkan produk-produk terlaris dan baharu daripada kempen ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen in dan lebih banyak tawaran menarik, sila layari www.goshop.com.my  atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. - KitaReporters/Kenyataan Media


7
23
0
17
0

Copy Link: