NSP Studio Production dengan sukacitanya mengumumkan Pertandingan Fotografi 2023 dengan tema Malaysia Destinasi Pilihan Utama, sebuah pertandingan fotografi yang mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk turut sama dalam acara pertandingan ini yang merakam Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan. 

Acara menarik ini berlangsung bermula 1 Oktober hingga 23 Oktober 2023 dan bengkel fotografi, pameran foto serta pengumuman pemenang akan diadakan pada 29 Oktober 2023 di Pusat Beli-belah Subang Parade. 

Pertandingan Fotografi 2023: Malaysia Destinasi Pilihan Utama adalah sebuah acara berprestij yang dianjurkan secara bersama oleh NSP Studio Production dan Persatuan Fesyen, Peragaan dan Peraduan Malaysia (MFMPA) yang menyoroti kepelbagaian budaya Malaysia dan keindahan landskapnya. 

Ia menawarkan kepada orang ramai pelbagai aktiviti menarik iaitu "Walkabout Culture" dan "Pameran dan Bengkel Fotografi" yang dapat membantu meningkatkan kemahiran fotografi orang ramai yang mengikuti acara ini. 

Aktiviti utama acara ini adalah "Pertandingan Fotografi," yang menyambut baik kehadiran masyarakat sekitar untuk merakam destinasi terbaik Malaysia melalui lensa mereka. 

Kaedah penyertaan pertandingan ini adalah 100% melalui pautan yang diberikan dan peserta perlu menghantar penyertaan melalui pautan yang terdapat pada poster pertandingan atau QR code yang boleh didapati di laman Facebook NSP Studio Production. 

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori DSLR/mirrorless dan kategori telefon bimbit. Hadiah wang tunai sehingga RM5,200 menanti para pemenang.



Selain menyediakan elemen hiburan, objektif utama acara ini adalah untuk mempromosikan budaya dan warisan Malaysia, menarik pelancong, dan menonjolkan ciri-ciri uniknya dalam bidang fesyen, pelancongan, dan masakan. 

Melindungi budaya adalah matlamat yang penting, dan usaha sebegini merupakan satu langkah jitu bagi menekankan kepelbagaian fesyen, makanan, dan pelancongan Malaysia. 

Selain itu, acara ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara negara-negara, agensi, dan komuniti untuk melindungi warisan budaya Malaysia, sambil mengenang masa lalu, dan menghargai masa kini, dan masa depan negara ini.

Sebagai penganjur utama Pertandingan Fotografi 2023 Tema Malaysia Destinasi Pilihan Utama, Mohd Fahmi Faiez Mohd Nor Azmi dari NSP Studio Production berkata, "Pertandingan ini akan mengangkat tema Malaysia sebagai destinasi pilihan utama yang mana kita memfokuskan kepada elemen-elemen seperti kesenian dan kebudayaan, tempat pelancongan serta makanan. 

"Tujuan sebenar kita menganjurkan pertandingan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memartabatkan dan mengangkat nilai seni gambar dan nilai jurugambar itu sendiri, di samping kita mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama dalam industri pelancongan."

Turut hadir Datuk Rashidi Hasbullah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, telah memeriahkan majlis pelancaran Pertandingan Fotografi 2023: Malaysia Destinasi Pilihan Utama di Pusat Beli- belah Subang Parade. 



Pertandingan Fotografi 2023: Malaysia Destinasi Pilihan Utama berlangsung dari 1 Oktober hingga 29 Oktober 2023. 

Tempoh pertandingan ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk terlibat sepenuhnya dalam pengalaman budaya, pameran fotografi, bengkel, dan pertandingan fotografi. 

Aktiviti ini mampu menarik minat orang ramai untuk turut serta sekali gus menjadikan negara kita sebagai destinasi terbaik pelancongan. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
11
0
7
0

Copy Link: