Video| One Cent Thief! Drama jenayah siber! Inspirasi daripada kisah Aman Shah? Tapi dinafikannya!
Published byOne Cent Thief drama terbaharu dalam saluran Astro Ria bakal bersiaran mulai 8 Oktober 2022.
SEJAK mutakhir ini, orang ramai dikejutkan dengan insiden beberapa individu kehilangan wang dalam simpanan bank. Kini timbul persoalan sejauh mana tahap sekuriti atau keselamatan sistem sesebuah bank tempatan (Malaysia) dapat menjamin simpanan para pendeposit (penyimpan) kekal selamat.
Masihkah anda ingat kejadian pada tahun 1990-an seorang eksekutif sebuah bank bernama Aman Shah Ahmad telah menjadi jutawan dengan ‘mengambil satu sen daripada akaun pelanggan’??
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aman Shah Ahmad
Kisah Aman Shah Ahmad mendapat liputan meluas oleh akhbar-akhbar cetak dan media elektronik tentang kes mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan sehingga dia menjadi jutawan.
Beliau hanya seorang pekerja bank yang dibayar gaji sebanyak RM1,800 sebulan tetapi memiliki enam buah kenderaan sport mewah seperti Lamborghini Countach berharga RM1.3 juta, Porshe 928 S4 (RM638,000), Porsche Carrera (RM350,000), Mercedes Benz 300 SL (RM502,000), Mercedes Benz 300E (RM192,000) dan BMW 329i (RM68,000).
One Cent Thief sebuah drama bersiri jenayah siber (menggodam sistem komputer bank) ini diilhamkankan daripada sebuah kisah benar yang menggemparkan negara 30 tahun lalu atas kejayaan (Aman Shah) mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan tanpa dapat dikesan (disedari pelanggan) sehingga dia menjadi jutawan.
Drama terbitan Astro Shaw menerusi Astro Originals di Astro Ria bakal bersiaran mulai 8 Oktober 2022.
Syafiq Kyle memegang watak Iman Syah sebagai jurubank yang licik mencuri wang pelangganya. - Skrin tangkap layar YouTube.
“Saya tidak boleh berkongsi banyak cerita ini, tetapi apa yang boleh saya katakan One Cent Thief adalah sebuah karya lapan episod diilhamkankan daripada kisah benar yang pernah berlaku di Malaysia.
“Saya memegang watak Iman Syah dan cerita ini boleh dianggap sebuah cerita berat dan memerlukan saya melakukan aksi hampir separuh daripada jalan ceritanya,” ujar Syafiq kepada media.
Mungkin tidak ramai yang 'perasan' atau sedar kehilangan satu sen dalam akaun simpanan bank apabila dicuri oleh individu-individu yang licik dan pintar. - Skrin tangkap layar YouTube.
Dalam perkembangan lain, dalam aplikasi Facebook (FB) Aman Shah, beliau tampil memberi respons terhadap warga maya melontarkan banyak pertanyaan tentang drama One Cent Thief itu adalah kisah silam beliau.
Apa pula jawapan beliau terhadap drama tersebut.
“Cerita-cerita 1 sen kat luar tu adalah fiksyen, takde kena mengena dgn Abg yg masih hidup.. dah namanya inspirasi kan,” tulisnya dalam laman FB peribadi beliau.
Dalam salah satu komen, seorang netizen bertanya adakah Aman pernah memberi ‘green light’ atau kebenaran untuk pihak produksi membuat cerita ini, Aman hanya membalas pendek dengan simbol ‘X’, di mana bagi rakyat Malaysia, ia bermaksud ‘tidak’.
Walaupun Aman tidak pernah bercerita secara terperinci bagaimanakah kisah 1 sen ini terjadi, namun kisah beliau terlibat dengan jenayah pecah amanah dahulu dikatakan menjadi satu topik atau isu panas, malah sehingga hari ini masih ada yang berbicara mengenainya.
One Cent Thief hasil
sutradara Ariff Zulkarnain dan penulis
skrip Alfie Palermo dengan menampilkan barisan pelakon popular seperti Syafiq
Kyle sebagai Iman Syah, Azira Shafinaz (Intan), Faizal Hussein (Shah Kari),
Sofia Jane, Amerul Affendi, Carmen Soo, Fabian Loo Sathis Vara, Amir Nafis, Fadhli
Masoot, Rubini Sambanthan dan lain-lain. - KitaReporters
Sumber:
https://www.myinfotaip.com/2022/09/one-cent-thief.html
https://www.instagram.com/p/Ci9HgfwLoJp/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
https://youtu.be/LBrIPyLbnEg