Hampir keseluruhan filem ‘Mar Rak’ ini menampilkan wajah baharu selain Erry Putra namun penerbitnya, Dato TS Jeffry boleh dikatakan berjaya mengetengahkan kesemua pelakon baharunya itu mengikut kehendak skrip sekali gus menepati hasratnya mengembalikan seni warisan menora Siam yang terkenal di sebalah Pantai Timur khususnya di Kelantan.

Dengan kelainan budaya yang ditonjolkan, barangkali itu antara fakta utama filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd ini memperoleh geran Dana Kandungan Digital (DKD) melalui

Perdananan Kemajuan Filem Malaysia ( FINAS) bagi membantu TS Jeffry merealisasikan impiannya   untuk memperkenalkan seni Menora Siam kepada generasi masa kini.


TS Jeffry (tengah) bersama empat pelakon baharu yang menjadi pilihannya untuk filem "Mar Rak' (dari kiri) Dyvianna, Shatirah Amanda, Kael dan Nina (kanan).


“Dengan bantuan dana FINAS sebagai kos tambahan kepada penerbitan filem ini yang menelan belanja lebih kurang RM1juta, saya harap kisah mengenai Menora Siam yang popular sekitar tahun 80-an sehingga 90-an tetapi semakin dilupakan dapat diperkenalkan kepada anak-anak muda sekarang,” ujar TS Jeffy usai majlis pr tonton ‘Mar Rak’ yang berlangsung di Dadi Sinema, Pavilion Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2023 lalu. 

Turut hadir kesemua barisan pelakonnya, Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna James dan ramai lagi termasuk penerbit David Teo dari Metrowealth yang bertindak sebagai pengedar filem ini.

Sebelum tayangan bermula, penonton turut dihiburkan dengan lagu  OST ‘Mar Rak’ berjudul ‘Seru Cinta’ disampaikan oleh keempat-empat bintang utamanya iaitu Kael, Amanda, Nina dan Dyvianna.



‘Mar Rak’ berkisar pada percintaan Krasem (Kael) dan Rashida (Shatirah Amanda) yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa. 

Dalam pada itu, adik angkat Krasem iaitu Ai Ling  (Nina) turut menaruh hati kepada Krasem dan kerana cemburu cintanya ditolak oleh Krasem disebabkan oleh Rashida, Ai Ling menaruh dendam,

Kekecewaannya itu menyebabkan Ai Ling menggunakan jampi mentera yang diperoleh daripada Mophi, iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Susulan itu, penonton bakal menyaksikan beberapa babak ‘ngeri’ yang diperlakukan oleh Ai Ling mengikut pesanan Mophi sehingga sanggup membunuh bagi mendapatkan ‘minyak dagu’ sebagai minyak pengasih mengikat cinta Krasem.



Apa terjadi kemudiannya… anda sendiri perlu tonton filem ini apabila ia menjengah ke pawagam seluruh negara bermula 2 November 2023. Yang pasti ia akan membuatkan anda terperanjat dan ada ketikanya menjerit pada babak babak kejutan.

Malah jika takut pada adegan ngeri seperti paparan menggunting dagu dan pembunuhan sebaiknya tutup je mata kerana penulis pun buat begitu huhu…

Namun yang menjadi persoalannya,  ebelum filem ini ditayangkan sudah tular beberapa video viral adegan ranjang membabitkan Kael dalam media sosial.

Mungkinkah ini satu sabotaj atau taktik untuk melariskan filem?



“Saya sendiri tidak tahu mengenainya dan saya menerbitkan filem bukan dengan cara begitu untuk meraih populariti atau mengimpikan filem pecah panggung. 

"Mengarahkan filem ini dengan kekangan kos adalah satu cabaran namun saya puas hati dengan hasilnya. Andai kata lebih besar bajetnya sudah tentu efek CGI yang saya terapkan akan lebih cantik,” ujar TS Jeffy menjawab pertanyaan media yang hadir.

Seperti penerbitnya, Kael juga berpendapat sama di mana adegan ranjang yang tular bukanlah perancangannya.

"Sebaiknya datang menonton dahulu bagaimana adegan yang dikatakan itu sebelum ramai membuat andaian saya berkelakuan tidak senonoh,’ jawab pemilik nama sebenar Micheal Lean Chien Er atau Kael itu. 

Tambah bekas peserta program Lagu Cinta Kita TV3 ini, “Mungkin ini satu salah faham kerana memang tidak ada babak panas pun yang dipaparkan sekadar sedikit babak menggoda sahaja, itu pun disebabkan terkena minyak pengasih yang disapu oleh Ai Ling.” 


Kael dan Shatirah Amanda, watak utama filem 'Mar Rak'.


Bagaimana pun, plot twist penceritaan filem ini agak mengejutkan juga tetapi yang penting mesejnya tercapai  di mana segala yang berlaku adalah atas kuasa dan kehendak Allah SWT juga, walaupun ditonjolkan dua cara perubatan tradisional dilakukan iaitu rawatan cara orang Siam terhadap Krasem dan cara orang Islam merawat sihir yang terkena pada Rashida.

Pengakhiran filem ini meninggalkan tanda tanya apabila dipaparkan Mophi kembali mengangkat roh si mati yang dibunuh, Mungkinkah akan ada kesinambungannya?

Apapun bagi peminat filem suspen seperti ini bolehlah ke pawagam mulai 2 November 2023 depan dan saksikan sendiri apa pengakhirannya cinta dua insan berlainan agama ini sebagaimana slogannya 'Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa'?

Sebuah filem yang tidak mengecewakan dan boleh ditonton cuma barangkali tidak begitu sesuai dibawa kanak-kanak. Cuma awas, jangan terkejut dah! - KitaReporters


David Teo (kiri) bergambar bersama TS Jeffry (tengah) dan barisan pelakon filem 'Mar Rak'.

12
10
0
10
0

Copy Link: