Tahu tak? 5 artis wanita Indonesia jarang mandi! Ada 1 minggu tidak mandi! Alasan petua kecantikan!
Published byANYA GRALDINE - Kredit foto : Instagram
SEKALI imbas, kita pasti terbayang artis wanita Indonesia dengan wajah yang menawan dan pakaiannya pula cantik sudah pasti mereka sentiasa menguruskan dirinya bagi penampilan mereka di khalayak ramai.
Namun, kita mungkin tidak menyangka di sebalik wajah-wajah artis yang mempesonakan serta berpakaian cantik itu terdapat dalam kalangan mereka begitu payah untuk mandi setiap hari.
Sebaliknya artis-artis yang cantik itu hanya mandi satu kali dalam masa dua atau tiga hari ataupun ada juga antara mereka yang mandi hanya sekali dalam seminggu.
Sedangkan menurut pakar kesihatan setiap manusia perlu mandi dua kali dalam sehari untuk membersih tubuh dari bakteria dan mandi juga dapat menyegarkan tubuh badan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan mandi
ANYA GERALDINE - kredit foto : Instagram
Memetik dari portal iNews.id pada baru-baru ini melaporkan hasil tinjuannya terhadap artis-artis di negara seberang itu mendapati bahawa ada lima artis wanita yang terlalu sukar untuk mandi waktu pagi ataupun hanya mandi sekali sahaja dalam masa dua hari.
Selebriti, Anya Geraldine berumur 27 tahun baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila dia mengaku bahawa dia jarang mandi tidak seperti wanita lain.
Pada majlis makan malam, wanita berasal dari Jakarta itu secara tidak sembunyi memberitahu bahawa dirinya tetap merasa nyaman walaupun tidak mandi sampai seminggu.
Saya tidak masalah apa tah lagi saya sentiasa berada di bilik berhawa dingin,’’ katanya yang nama aslinya Nur Amalina Hayati.
NAGITA SLAVINA - kredit foto : Instagram
Nagita Slavina, 34, seorang artis kelahiran Jakarta juga termasuk golongan artis yang dikatakan jarang mandi.
Isteri artis Raffi Ahmad itu mengaku dia kurang mandi itu sejak dari remaja lagi dan keadaan itu semakin bertambah setelah dia hamil anak keduanya.
``Namun, saya malas mandi itu tidak bermaksud dalam masa seminggu saya tidak mandi langsung, biasanya dua atau tiga hari saya akan mandi sekali,’’ kata Nagita Slavina.
TASYA FARASYA - kredit foto : Instagram
Artis, Tasya Farasya yang sudah berkahwin berumur 30 tahun pula mempunyai petua yang tersendiri bahawa jarang mandi boleh mengekalkan kecantikan diri seseorang.
Bagaimanapun, Tasya Farasya yang keturunan Arab itu mengaku dia biasa mandi dua hari sekali terutama pada waktu malam.
MAHALINI - kredit foto : Instagram
Seorang lagi artis, Mahalini, 22, berasal dari Denpasar, Bali berkata, dia juga kurang mandi tetapi tidak semestinya dua atau tiga hari dia tidak mandi langsung.
Mahalini berkata, jikalau tidak sibuk dengan urusannya dan tidak kepayahan dia pasti mandi serta membersihkan dirinya setiap hari.
PRISIA NASUTION - kredit foto : Instagram
Prisia Nasution , 38, pula mempunyai alasan yang tersendiri kerana jarang mandi setiap hari.
Prisia adalah seorang pelakon pernah mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 berkata soal jarang mandi tidak menjadi masalah sebab yang paling penting kecantikan dari dalam diri seseorang perlu dijaga.
``Setiap wanita mahukan dirinya cantik dan kecantikan diri perlulah dijaga dari dalam diri setiap masa walaupun kita jarang mandi,’’ katanya berasal dari Jakarta. - KitaReporters