Terima padah! Hanis Nadia digantung wakili pasukan hoki wanita! Komen baur perkauman! Dah mohon maaf!
Published bySELEPAS viral berkenaan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadia Onn yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman baru-baru ini, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Malaysia (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah mengambil tindakan tatatertib ke atas dirinya.
Antara tindakan tegas adalah dengan menggantung serta tidak membenarkan beliau mewakili pasukan Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA Kemboja 2023.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan hoki
Hanis telah komen yang mencetuskan kemarahan orang ramai ketika konsert AR Rahman pada 28 Januari 2023 dan ini bukan sesuatu yang bagus kerana dirinya adalah atlet kebangsaan.
Menurut Hanis, susulan keterlanjuran komen itu, beliau telah memadam kembali komen itu pada 29 Januari 2023 dan katanya tiada sebarang niat perkauman.
Ekoran insiden tersebut, beliau memohon atas kesilapan yang telah dilakukan oleh dirinya.
Sepatutnya selaku role model (suri teladan), dia patut menunjukkan contoh baik untuk mempupuk semangat perpaduan dan keharmonian sesama kaum di negara ini.
Bagi pihak KHM, ini adalah tindakan disiplin buat dirinya dan jika beliau mempamerkan perubahan positif, pergantungan untuk mewakili skuad negara juga akan dikurangkan dan peluangnya akan kembali terbuka.
Untuk makluman, Hanis antara pemain utama buat pasukan hoki negara dan jika bakatnya dipersia begitu sahaja, pasti akan merugikan.
Namun, tindakan yang diambil ke atas pemain ini juga adalah tepat dan ia boleh dijadikan tauladan buat pemain-pemain lain. - KitaReporters