Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, adalah personaliti yang kalis kritikan.  Dia akan melakukan perkara yang ingin dilaku walaupun tahu akan menerima kritikan ramai yang teruk

Terbaharu, walaupun dikecam tidak boleh menyanyi dan didakwa sebagai perosak industri hiburan tanah air oleh ramai, namun personaliti sensasi ini mengimpikan untuk berduet dengan beberapa penyanyi popular tanah air

Aliff  mendakwa dirinya penyanyi nombor satu Malaysia kerana lagu-lagunya sentiasa 'trending' dalam YouTube walaupun tidak pernah mendapat anugerah.




Aliff  teringin berduet dengan Datuk Awie walaupun penyanyi kumpulan Wings itu turut 'menghentam'nya secara terang-terangan. Menurutnya dia berminat dengan cara nyanyian penyanyi rock itu. 

Selain Awie, Aliff juga berminat untuk berduet dengan Datuk Jamal Abdillah, Anuar Zain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Aliff,  walaupun orang mengata, mengecam, memaki dan mencaci dirinya, tetapi lagu 'trending' dalam YouTube diperoleh itu asli kerana dia tidak membayar walau 10 sen pun kepada YouTube kerana jumlah tontonan dalam platform digital itu tidak boleh dibeli.


"Saya berdiri 'stand alone' walaupun banyak selebriti keluarkan lagu, macam-macam cerita keluar, saya nombor satu. Ini membuktikan suara saya ada 'value', walaupun ada orang kata suara saya macam itik, suara macam lembu.
"Namun, alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat saya yang setia bersama saya daripada satu lagu sampai 10 lagu dan saya juga ada dapat 'offer' untuk buat persembahan," katanya kepada sebuah media.


Aliff percaya dirinya mempunyai aura seorang artis walaupun tindakan menghasilkan ‘single’ setiap tahun sekadar memenuhi minatnya untuk menjadi penyanyi.
Sejak 2017, bermula single ‘Abang Nak Tegur',  Aliff sudah merakam 12 single dengan setiap single trending dalam YouTube dengan sekurang-kurangnya 500 ribu tontonan.

Dan daripada 12 single itu video-videeo muzik (MV) itu berjaya mengumpul kira-kira lebih 32 juta penonton. 



MV paling sedikit penontonnya ialah ‘Abang Nak Tegur vol 3’ dengan cuma 555 ribu penonton. 

Sementara MV paling tinggi tontonan ialah ‘Bobo Di Mana’ dengan 7.7 juta tontonan, ‘Abang Nak Tegur' vol 2 (7.4 juta) diikuti ‘Jom Raya’ dengan 3.2 juta tontonan, diikuti ‘Cuba Bahagia’ (3 juta), ‘Lala Raya’ (3 juta) dan ‘Kelepok Raya’ dengan 2.5 juta tontonan. 

MV-MV lain ialah ‘Cowok Baru’ (2.1 juta penonton), ’Haruman Syurga’ (2.1), ‘Biar Apa Orang Kata’ (845 ribu) dan ‘Baby Sayang’ (709 ribu). - KitaReporters


10
13
0
9
0

Copy Link: