SAMBUTAN Hari Malaysia walaupun tidak semeriah menyambut Hari Kemerdekaan yang diraikan pada setiap tahun, namun masih ada individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersemangat untuk menganjurkan pelbagai program bagi memperingati hari kebesaran negara bagi membangkitkan kesedaran rakyat. : KitaReporters

Semangat kental peserta ahli KRT Kampung Amir Hilir, Besut berkayak ke Pulau Rhu, Besut sempena sambutan Hari Malaysia,


Lagi cerita-cerirta berkaitan KRT:

https://kitareporters.com/search?search=KRT


Jika tidak ada pihak tampil menganjurkan program, sudah tentu ramai rakyat lupa dengan peristiwa Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun. 

Kehidupan dalam norma baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemantauan (PKPP) tidak melemahkan semangat pihak tertentu untuk tampil menganjurkan pelbagai program untuk memperingati hari berkenaan.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Amir Hilir, Besut, Terengganu, mempunyai caranya tersendiri untuk memperingati sambutan Hari Malaysia Ke-57 tahun ini dengan menganjurkan acara berkayak menyeberangi Laut China Selatan.

Kayuhan secara berkumpulan bermula di Kem Damai Beach Resort, Pantai Air Tawar, Besut menuju Pulau Rhu yang disertai 32 peserta membabitkan ahli Kawasan Rukun Tetangga termasuk lima wanita jarang dilakukan oleh NGO lain negeri ini.

Peserta berkayak berada di Laut Cina Selatan


Pengerusi KRT Amir Hilir, Mohd Zalmiri Azhar berkata, ekspidisi berkayak  yang julung kali dianjurkan itu selain acara memperingati Hari Malaysia ia juga bertujuan untuk melatih peserta menghadapi dugaan berkayak di laut.

Pengerusi KRT Amir Hilir, Mohd Zalmiri Azhar 


Katanya, aktiviti berkayak di sungai dan tasik memang biasa dilakukan tetapi berkayak di laut ia ada sedikit cabaran kerana peserta terpaksa meredah ombak dan dalam keadaan cuaca panas terik.

Bagaimanapun, katanya, program yang diadakan pada 16 September 2020 itu ternyata mampu menguji ketahanan peserta termasuk wanita yang menyertai program itu.

Program anjuran bersama KRT Amir Hilir, Geng Supit Hitam dan Kem Damai menguji peserta menyeberangi laut ke pulau sejauh  lapan kilometer mengambil masa empat jam untuk selamat sampai ke lokasi destinasi dan balik.

Pemandangan Pulu Ru di Laut Cina Selatan dari Pantai Air Tawar Besut


Ketika di pesisiran Pulau Rhu, peserta diberi peluang untuk mengelililngi pulau bagi melihat keindahan alam semula jadi pulau yang tidak berpenghuni itu.

Peserta bergotong royong menguti sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung di Pulau Rhu Besut


“Bukan sekadar beriadah, peserta berkayak turut melakukan kerja amal dengan melakukan gotong royong mengutip sampah sarap yang ditinggal pengunjung di pulau tersebut,” katanya.

Peserta gembira menerima sijil penghargaan tanda kejayaan menyertai aktivi berkayak ke pulau


Sebagai tanda kejayaan peserta menamatkan misi berkayak tersebut, pihak penganjur menyediakan siji penghargaan kepada semua peserta berkenaan. Pengerusi Kelab Geng Supit Hitam, Mohd Hafizuddin Amlin menyampaikan sijil kepada peserta terbabit. - KitaReporters

5
2
0
0
0

Copy Link: