Dalam perkembangan pesat dunia maya pelbagai cara boleh diguna bagi mencari pendapatan lumayan melalui media sosial atau medsos.

Seorang bintang  TV realiti, Stephanie Matto, 31, menemukan satu perniagaan pelik yang menguntungkan iaitu menjual kentut dalam balang dan setakat ini berjaya memperoleh pendapatan USD$50 ribu (kira-kita RM200 ribu) seminggu.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan yang pelik dan aneh

Stephanie melihatkan balang yang mengandungi kentutnya untuk dijual. - Kredit foto: Dari IG Stephaniematto

Stephanie Matto yang terkenal menerusi program ‘90 Day Fiance’ mendedahkan bahawa dia menjual kentut sendiri yang ditangkap di dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.

Dia yang mempunyai 260,000 pengikut dalam Instagram menjual produk tersebut dengan harga USD$1,000 (RM4,000) sebekas. Dan dia mampu menjual 50 balang kentut menghasilkan USD$50,000 atau kira-kira RM200,000 seminggu


Stephanie mula dikenali menerusi program realiti 90 Day Fiance iaitu program yang menggandingkan pasangan tidak sesuai sama ada mereka boleh berkahwin selepas tiga bulan hidup bersama.

Walaupun dia tidak menemui pasangan dalam rancangan itu, peningkatan pengikut dalam laman sosial selebriti itu naik mendadak melalui perniagaan pelik ini. Balang yang dijual dikenali sebagai 'Fart in a Jar'.

Bagi membolehkan tubuhnya mengeluarkan gas kentut Stephanie makan makanan mengandungi banyak protein, yogurt, telur rebus dan kekacang.


Tambahnya, dia menghabiskan masa dengan membaca buku sambil menunggu masa untuk kentut dan memasukkan ke dalam bekas bersama kelopak ros.

Dia juga berdepan kesukaran memasar apabila produk tersebut pada awalnya ditahan oleh pihak kastam.

Namun Stephanie memberitahu, sejak memulakan perniagaan itu, dia sedar tentang pelbagai jenis kelompok pasaran yang ada di luar sana.

/


Terdapat kumpulan yang minat mengumpul barang-barang pelik termasuk kentut.

Menurut Stephanie ada anggota kumpulan itu yang meminta barang pelik daripadanya. Selain kentutnya, ada juga yang meminta membeli coli, seluar dalam, rambut dan air mandi serta barangan lain yang disifatnya terlalu peribadi.

Stephanie selain menjual kentutnya melalui laman Instagramnya, turut menjual melalui laman sesawang  ‘Unfiltrd’ dan eBay. 

Pada awalnya Stephanie hanya jual kentutnya untuk suka-suka tetapi tdak menyangka ia memberi keuntungan agak lumayan. Hasil jualan itu diguna untuk mengisi minatnya iaitu melancong.

Anda berminat untuk membeli kentut Stephanie??? - KitaReporters

12
12
0
8
0

Copy Link: