Salam Maulidur Rasul! Impian peminat: Ustaz Kazim rakam lagu
Published byNAMA Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias (DUKE), adalah antara pendakwah bebas yang mampu menarik perhatian orang ramai dari usia muda hingga warga emas untuk mendengar ceramahnya. Istimewamya Ustaz Kazim ini bila berceramah, beliau lebih selesa menggunakan pendekatan yang dekat dengan masyarakat dan disampaikan dengan gaya santai termasuk diselang seli dengan nyanyian. : KitaReporters
Kolaborasi Ustaz Kazim bersama Tuju dan Tyco dalam lagu Salawat 1442.
Lagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Kazim:
https://kitareporters.com/search?search=kazim
Meskipun cara penyampaiannya relaks kerana beliau akan selang-seli dengan nyanyian tapi kandungan ceramahnya itu penuh dengan ilmu pengetahuan.
Mesti ada yang pernah bertanya sekadar gurauan kepada Ustaz Kazim, kenapa tak jadi penyanyi kerana suaranya memang sedap dan mampu mengalahkan bakat baharu yang lain.
Mungkin dulu, itu hanya soalan gurauan tapi kini Ustaz Kazim telah memenuhi permintaan peminatnya dengan merakamkan lagu Islamik kontemporari iaitu, Salawat 1442.
Menariknya,
lagu Salawat 1442 bukan dirakam secara solo tapi beliau berkolaborasi dengan
penyanyi rap ternama iaitu Tuju dari kumpulan K-Clique dan legenda rap, Tyco.
Dilihat
sebagai sebuah karya eksklusif terbitan Imaan Music, bersama komposer dan
penulis lirik Tuju, Neo, dan Almanjawi, buat pertama kalinya, orang ramai dapat
mendengar suara Ustaz Kazim menyanyi secara profesional dari dalam studio
rakaman.
Objektif lagu ini adalah bertujuan untuk membawa kelainan dalam muzik dakwah yang mana konsepnya disifatkan sebagai "relaxing style”.
Akhirnya, Ustaz Kazim masuk studio sebagai penyanyi rakaman.
Menurut Ustaz Kazim, 48, beliau bersyukur
kerana diberi peluang untuk merakamkan sebuah lagu sempena Maulidur Rasul
bersama dua ahli rap terkemuka, Tuju dan Tyco.
"Ramai yang tahu saya memang suka
menyanyi ketika melaksanakan ceramah. Alhamdulillah, saya bersyukur dan hargai
kepercayaan yang diberikan oleh Datuk Norman Abdul Halim untuk merakamkan
sebuah lagu sempena Maulidur Rasul ini.
“Diharapkan Salawat 1442 ini, dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda agar sentiasa bersikap positif dalam menempuh rona kehidupan. Tidak lupa juga, elemen rap yang diselitkan dalam lagu ini, bertujuan untuk membuatkan golongan anak muda lebih tertarik untuk mendalami maksud di sebalik sambutan Maulidur Rasul,” jelasnya.
Lirik yang dihasilkan oleh Tuju banyak berkisar tentang kehidupan dirinya.
Sementara
itu, Tuju berkata, ini merupakan kali pertama beliau menghasilkan lirik Salawat
1442 yang berkisarkan tentang kehidupannya.
"Pembikinan
lirik lagu rap yang dinyanyikan oleh saya dalam lagu ini adalah sesuatu yang
belum pernah saya luahkan lagi dalam mana-mana karya sebelum ini. Melalui
Salawat 1442, saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas, sekali gus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini,
dalam usaha saya menjadi Insan yang lebih baik.
“Saya memang
sukakan sesuatu perkara yang baharu dan mencabar. Dalam banyak penglibatan saya
menghasilkan muzik, ini adalah kali pertama saya memberanikan diri untuk tampil
bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar.
“Terima kasih Imaan Music kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya dalam lagu ini. Diharapkan mesej yang saya cuba sampaikan dalam Salawat 1442 dapat difahami dan diterima oleh semua,” kata Tuju tentang perasaannya itu.
Ustaz Kazim, Tuju dan Tyco menyampaikan lagu Salawat 1442 dalam program MeleTop, baru-baru ini.
Dalam pada
itu, Tyco pula berharap lagu tersebut dapat mengembalikan ingatan orang ramai
terhadap kehadirannya dalam bidang seni.
"Setelah
12 tahun berdiam diri, entiti Tyco bakal membuat kemunculan kembali di mata
orang ramai. Kali terakhir saya membuat penampilan adalah dalam filem Cicakman
2 iaitu pada tahun 2008.
“Walaupun konsep lagu yang dibawakan kali ini berbeza berbanding dengan karya-karya Tyco terdahulu, saya tetap mengharapkan agar karya kali ini dapat memberi impak kepada para pendengar,” katanya.
Lagu Salawat 1442 diharap dapat membuka hati anak-anak muda menyelami maksud Maulidur Rasul.
Video lagu Salawat 1442 dapat ditonton dalam saluran rasmi YouTube Imaan Music sejak 27 Oktober 2020 lalu.
Lagu ini juga boleh didengarkan dan dimuat turun di semua pelantar muzik digital selain dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. - KitaReporters