Perkenal percukaian baharu! Majlis Daerah Besut sasar jadi majlis perbandaran menjelang 2025!
Published byPejabat pentadbiran Majlis Daerah Besut (MDB) di Kota Putera, Besut, Terengganu
SUDAH menjadi kelaziman setiap penduduk terutama yang tinggal dalam kawasan pihak berkuasa kerajaan tempatan inginkan taraf hidup dan sosial ekonomi mereka serta kemudahan awam ditingkatkan selaras dengan pembangunan setempat yang wujud dalam kawasan terbabit.
Majlis Daerah Besut (MDB) adalah antara pihak penguasa tempatan negeri ini yang sedang menunggu giliran untuk dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dalam usaha kerajaan meningkatkan tahap pembangunan mampan untuk kesejahteraan penduduk setempat.
MDB kini dalam senarai keempat untuk mencapai taraf Majlis Perbandaran selepas Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Besut:
https://kitareporters.com/search?search=Besut
Mohd Rashdan Muda
Yang Dipertua MDB, Mohd Rashdan Muda berkata, pihaknya sedang giat berusaha untuk menaik taraf Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran selaras dengan penyusunan semula rancangan tempatan negeri ini.
Katanya, mengikut
perancangan, MDB sepatutnya menjadi Majlis Perbandaran Besut (MPB) pada 2035, tetapi
pihaknya akan berusaha dengan meletakkan sasaran kenaikan taraf itu dipercepatkan ke tahun 2025.
Beliau berkata, bagi mencapat matlamat itu, MDB kini berusaha untuk memenuhi beberapa kriteria yang perlu dipenuhi seperti mana ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pusat peranginan terkenal Pulau Perhentian, Besut di bawah kawal selia Majlis Daerah Besut
“Bagi mencapai hasrat itu, pihak MDB akan berusaha membangunkan beberapa kawasan baharu yang berpotensi terutama kawasan pelancongan sedia ada di daerah ini,” katanya.
Mohd Rashdan
berkata, masalah utama yang dihadapi MDB sekarang ialah jumlah hasil
pendapatan majlis yang tidak sampai pada tahap kelayakkan untuk dinaik taraf
sebagai majlis perbandaran.
“Ketika ini, MDB hanya mampu memperolehi hasil pendapatan tetap tahunan sebanyak RM20 juta setahun,”
katanya.
Sedangkan, katanya, pihak KPKT menetapkan kriteria hasil pendapatan tahunan sesuatu majlis hendaklah melebihi RM20 juta setahun bagi melayakkan menjadi status majlis perbandaran.
Kolam Air Panas La di Hulu Besut.
Bagaimanapun, kata
Mohd Rashdan pada tahun ini, pihaknya menjangkakan hasil pendapatan majlis akan
bertambah kepada RM22 juta berikutan penyusunan semula beberapa kaedah
percukaian yang sedang dilakukan.
Katanya,
antara cukai baharu yang diperkenalkan termasuklah akses kepada kemasukan
pelancong yang akan berkunjung ke pusat peranginan terkenal Pulau Perhentian.
Beliau berkata, berkuat kuasa pada 1 Mac 2021 lalau semua pelancong yang pergi ke pulau berkenaan akan dikenakan akses RM5 seorang kepada pelancong asing dan tempatan, manakala RM3 kepada pelancong dari negeri Terengganu.
“Sebelum ini semua pelancong ke pulau berkenaan tidak dikenakan akses pelancongan,” katanya.
Beliau berharap, dengan kenaikan taraf kepada Majlis Perbandaran, kira-kira 172,000 penduduk dalam kawasan majlis berkenaan akan menikmati kualiti hidup yang lebih sempurna dengan adanya pertambahan kemudahan awam dan peningkatan sosioekonomi penduduk. - KitaReporters
Mohd Rashdan (kanan) meninjau kebun sayur yang diusahakan kakitangan Majlis Daerah Besut