Zizan harap dapat berkahwin sebelum berusia 40 tahun. Kredit foto: zizzanrazak869

ZIZAN Razak setelah berjaya menjadi pelakon, pelawak, penyanyi dan hos tekenal dahulu mengimpikan untuk mempunyai isteri dalam kalangan insan seni

Dengan popularitinya, secara umum tidak sukar untuk Zizan mendapat teman wanita sebagai teman hidup. Namun jodohnya dengan insan seni tidak kesampaian.


Zizan menyibukkan diri dengan kegiatan seni dan perniagaan bagi melupakan soal jodoh


Setelah berteman beberapa waktu akhirnya berpisah. Beberapa bekas kekasihnya sudah berkahwin dan ada yang sudah mempunyai cahaya mata. Antaranya Emma Maembong, Che Puan Juliana Evans dan Mira Filzah.

Namun Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak masih tetap hidup solo.

Terdapat sejumlah pandangan daripada para peminatnya agar tidak mencari golongan artis sebagai isteri. Kalau kahwin pun diramal akan gagal.

Jika matlamat Zizan berkahwin pada usia 25 tahun menjadi kenyataan, dia mungkin sudah mempunyai anak berusia 12 tahun. Usia 25 itu ialah ketika Zizan mula mencipta nama ketika menjadi naib juara Raja Lawak bersama Johan pada 1992.


Zizan serah kepada ibunya untuk mencarikan jodoh

Menyedari nasibnya tidak baik apabila berkawan rapat dengan golongan artis, kini Zizan berazam tidak akan memilih sesama insan seni sebagai pasangan hidup.

Kini dia menyerahkan kepada ibunya, Anai Ibrahim untuk mencarikan jodohnya

Dia reda siapa juga wanita yang dijodohkan, namun diam-diam mahu melihat dahulu gadis yang dijodohkan. Zizan tetap akan meneruskan kegiatan seninya walaupun sudah berkahwin.


Zizan percaya ada hikmahnya Tuhan melambatkan jodohnya kerana akan memberi sesuatu yang lebih baik.


Sementara itu, Zizan tenang melihat bekas-bekas kekasihnya sudah menjalani kehidupan berumah tangga dengan orang lain kerana reda mereka bukan jodohnya.

Bagi tidak terlalu memikirkan soal jodoh, Zizan menyibukkan diri dengan kerjaya seni dan menguruskan beberapa perniagaannya. Dia percaya ada hikmahnya Tuhan melambatkan jodohnya kerana akan memberi sesuatu yang lebih baik.

Dengan jodoh yang dicari oleh ibunya, Zizan berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya sebelum melepasi usia 40 tahun. Zizan akan berusia 38 tahun pada 15 April 2022.

Zizan meluahkan kata-katanya kepada media selepas pelancaran telefilem ‘Rompak’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang turut dibintanginya dan mula menjalani pengambaran bulan Februari 2022. - KitaReporters


/

ZIzan bakal menjalani penggambaran telefilem 'Rompak'

6
10
0
14
0

Copy Link: