ASAN Ahmad (kiri); Presiden SAM, Norismadi Abd. Manap; Exco SAM, Izahar Atan; dan Naib Presiden, Mohd. Hafizal Hamad menayangkan logo SAM Virtual Run & Ride. - Kredit foto: AA


BERSEMPENA Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021) dan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan atlet negara dalam misi memburu pingat khususnya emas sulung, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan 'SAM Virtual Run & Ride' (Larian dan Kayuhan Maya SAM).

Penganjuran yang julung kali diadakan ini terbuka kepada umum dan akan berlangsung secara maya (dalam talian) selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan SAM



Dua kategori dipertandingkan iaitu larian sejauh 5 kilometer (km), manakala bagi berbasikal pula, jaraknya ialah 20 km.

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan yuran sebanyak RM15 bagi setiap peserta. Para peserta bakal memperoleh e-Certificate (sijil elektronik) dan e-Bib (bib elektronik). 

Peserta boleh merancang larian dan kayuhan mengikut masa yang dirasakan sesuai sepanjang tempoh penganjuran hampir sebulan  yang bermula pada 18 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021.


BARISAN kepemimpinan SAM (kanan) mempunyai hubungan erat dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam memastikan liputan media Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021) dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. - Kredit foto: MOM


Peserta juga perlu merekodkan aktiviti menggunakan apa-apa sahaja jenis aplikasi larian seperti Strava, Garmin, Fitbit, Samsung App dan sebagainya dan menghantar butiran screenshot tracking device (peranti jejak tangkap layar) sebagai bukti larian.

Para peserta hendaklah menghantar rakaman video bukti larian kepada penganjur bermula 23 Julai 2021.

Sekiranya menggunakan treadmill (mesin larian), peserta boleh menghantar gambar paparan skrin menunjukkan jumlah jarak dan masa aktiviti yang telah dilakukan sebagai bukti larian.


EXCO SAM dan MOM berganding bahu dalam menyokong perjuangan kontinjen Malaysia memburu pingat emas sulung Sukan Olimpik di Tokyo. - Kredit foto: MOM


Setiausaha Agung SAM, Asan Ahmad berkata, penganjuran Virtual Run & Ride ini adalah satu usaha persatuan untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia khususnya buat peminat-peminat sukan tanah air.

"Penganjuran ini bertujuan memeriahkan suasana Sukan Olimpik dalam kalangan peminat sukan tempatan.

"Acara ini juga kami anggap sebagai antara usaha SAM menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ketika negara berdepan pandemik Covid-19," katanya.



Ayuh! Mulakan pendaftaran anda hari ini dalam misi kita untuk memberi sokongan terhadap perjuangan atlet negara pada Olimpik Tokyo.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati dalam laman Facebook rasmi SAM yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa atau secara Whatsapp 013-3446772 (Rozaidi) atau 013-3063919 (Ammar).

Alamat pejabat: SAM, Tingkat 2, Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur, telefon: 03-20201780, faks: 03-20201780 dan e-mel : sammalaysia84@yahoo.com. - KitaReporters


EXCO SAM diketuai Norismadi (barisan depan, tengah) dan Asan (dua dari kanan). - Kredit foto: MOM

2
0
0
0
0

Copy Link: