Berita Terkini| Covid-19: Kes berupaya susut ke bawah 4k kes hujung Jun! Jika rakyat patuh SOP!
Published by
Hantaran status dimuat naik oleh Dr Noor Hisham dalam akaun media sosialnya
KES penularan harian jangkitan Covid-19 di negara ini berupaya susut hingga ke paras di bawah 4,000 kes menjelang penghujung bulan Jun 2021 ini berdasarkan unjuran setakat 13 Jun 2021.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkaan unjuran itu mampu dicapai hanya
sekiranya kadar kebolehjangkitan atau Rt kurang daripada 0.9 dan masyarakat terus
patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).
“Kadar
kebolehjangkitan Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Jun 2021
untuk seluruh negara adalah 0.91,” katanya yang dipetik daripada laporan Berita
Harian, 14 Jun 2021.
Sementara
itu, menerusi hantaran dalam laman sosial beliau juga, Noor Hisham turut memuat
naik info kes kematian terbaharu iaitu sebanyak 64 kes kematian dicatatkan pada
tarikh sama melibatkan 38 lelaki serta 26 wanita.
Daripada jumlah
keseluruhan itu, 41 kematian melibatkan mangsa berusia 60 tahun dan ke atas; 21
kematian individu berusia 30 hingga 59 tahun serta dua kes kematian membabitkan
mangsa berumur di bawah 30 tahun.
Manakala,
jumlah kes baharu Covid-19 pada 13 Jun 2021 adalah sebanyak 5,304 kes dengan
jumlah kumulatif 657,508 kes. -KitaReporters