Sedihnya! Disolek seperti pelakon opera Cina! Pengantin kecewa mak andam tak terima teguran!
Published byYana Nazaruddin mengharapkan pada hari bahagianya dia disolek bak seorang permaisuri.
SEBAGAI wanita semestinya mengharapkan hari perkahwinan menjadi momen indah yang dikenang sampai bila-bila, dihias cantik bak seorang permaisuri. Jadi peranan mak andam sangat penting pada hari itu bagi memastikan pengantin perempuan kelihatan cantik seperti seorang permaisuri. Dah nama pun raja sehari mestilah cantik!
Namun yang diidamkan itu tidak berlaku kepada seorang pengantin baharu dari Klang, Yana Nazaruddin yang kecewa kerana hari bahagia menjadi sesuatu yang mengecewakan selepas menjadi mangsa penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh mak andam yang ditempah sehinggakan majlis yang sepatut menjadi hari istimewa menjadi sesuatu yang memalukan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mak andam
SOLEKAN yang dilakukan mak andam membuatkan Yana kelihatan lebih tua dan tidak berseri. - Kredit foto: Facebook Yana Nazaruddin.
Apa tidaknya? Dah jadi seperti pelakon opera Cina pada hari
bahagia mesti malu dan kecewakan?
Meluahkan rasa tidak puas hati dalam ruangan Facebook
miliknya, Yana mendakwa dirinya diandam secara lewa oleh mak andam yang
ditempah dan dipercayai butik terkenal di sebuah daerah di Selangor.
Lebih menyedihkan lagi solekan yang dikenakan pula tidak menaikkan aura pengantin sebaliknya kelihatan dirinya lebih berusia.
Kredit foto: FB Yana Nazaruddin
Katanya, dia tidak menyangka berhabis ratusan ringgit
untuk bayaran solekan berkenaan namun hasil yang diterima tidak memadai dan mengecewakan.
Malah dia terpaksa bersolek sendiri yang dibantu ahli keluarga dan rakan terdekat.
Yana berkongsi sepatutnya
yang bertugas menjadi mak andam pada hari bahagianya adalah individu lain namun pada saat-saat akhir, butik pengantin itu membuat keputusan menukar kepada
individu lain.
Dia yang rasa teraniaya turut menunjukkan hasil solekan ketika hari persandingannya dan mendakwa butik terbabit langsung tidak memohon maaf mahupun membalas kiriman WhatsApp yang dihantar.
LEBIH kecewa mak andam tidak mahu terima teguran Yana yang tidak berpuas hati dengan hasil solekan yang diberikan.
Lebih menyakitkan hati apabila mak andam yang bertanggungjawab tidak mahu menerima teguran Yana yang tidak berpuas hati dengan hasil solekan itu.
Malah, memberi alasan supaya tidak membandingkan solekannya dengan yang lain.
Menjengah masuk ke ruangan komen pelbagai reaksi diterima daripada netizen mengenai apa yang berlaku pada hari bahagianya.
Rata-rata mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pihak
butik kerana tergamak bertindak sedemikian kepada pengantin.
Semoga yang berlaku memberi pengajaran kepada kita
semua untuk memilih mak andam yang sesuai. - KitaReporters