Berita Terkini| Pengambilan semula pekerja asing dikaji! Majikan sukar dapat pekerja tempatan!

Published by
KitaReporters

Sektor pembuatan atau pembinaan antara salah satu bidang kurang diminati oleh rakyat Malaysia. Gambar hiasan.


KERAJAAN akan mengkaji pengambilan semula pekerja asing bagi memenuhi keperluan beberapa sektor tertentu di negara ini berikutan kesukaran mendapat tenaga pekerja dalam kalangan rakyat tempatan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata terdapat hampir 400,000 peluang pekerjaan masih tidak diisi terutamanya  dalam sektor perladangan, pertanian, pembuatan dan pembangunan.

“Sektor berkenaan mempunyai bidang kerja namun tidak begitu diminati rakyat tempatan dan pihak majikan memerlukan pekerja. Senario kesukaran majikan dapatkan pekerja sektor 3D iaitu kotor, sukar dan bahaya adalah merisaukan.

“Kerajaan akan kaji berhubung perkara pengambilan semula pekerja asing ini. Kementerian sedang dan akan berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan dilakukan nanti,” katanya dipetik laporan Bernama pada 12 April 2021

Tambah beliau, kerajaan kini membekukan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor dan  masih menawarkan semua tawaran pekerjaan itu kepada rakyat Malaysia. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: