AKHIR-AKHIR ini terlalu banyak video iklan ulasan berbayar (paid review) daripada peniaga dalam talian yang keterlaluan sehingga dilihat seperti iklan lucah! Ia semakin berleluasa apabila mendapat sokongan daripada orang ramai dan juga selebriti yang sanggup menerima bayaran dengan menyiarkan iklan-iklan tersebut dalam akaun media sosial masing-masing. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Noorkhiriah: 

https://kitareporters.com/search?search=Noorkhiriah


Ya tahu, ia hanya iklan tetapi sebagai figura awam, perlulah menolak sekiranya paid review yang ditawarkan itu keterlaluan dan tidak sesuai dengan norma masyarakat kita terutama yang beragama Islam.

Malah, ada artis dan selebriti yang bertudung menerima juga iklan seperti ini demi wang! 

Noorkhiriah Ahmad Shapie sering membuat ulasan berbayar (paid review) untuk perniagaan seperti makanan dalam akaun media sosial, Instagramnya.


Memang benar seseorang peniaga terutama yang dalam talian perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan iklan yang mampu menarik perhatian orang ramai. Namun, janganlah sampai melanggar batasan agama dan tatasusila masyarakat kita.

Perkara ini sebenarnya sudah lama ditegur netizen. Tetapi teguran itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Justeru, tindakan pelakon popular Noorkhiriah Ahmad Shapie menolak paid review yang tidak senonoh dan berbau lucah mendapat pujian netizen.


Noorkhiriah menerusi Instagramnya, berkongsi tangkap layar mesejnya dengan individu yang mahu membayarnya untuk paid review video. Namun, Noorkhiriah terpaksa menjelaskan perkara sebenar kepada pihak terbabit syarat-syarat yang diperlukan sekiranya mahu dia menyiarkannya dalam media sosial.

Dalam kapsyen hantarannya itu, Noorkhiriah juga menjelaskan dia terpaksa bertegas memandangkan terlalu ramai yang tanpa malu menghasilkan iklan tidak senonoh.

“Disebabkan akak tak baiklah akak jadi begini. Disebabkan sekarang dah terlalu ramai tak kira perempuan tulen atau sebaliknya. Akak minta maaf sebab terpaksa tegas macam ni.

“Dah tiada segan silu tonjol buah kelapa, cempedak, pisang, betik segala. Bahu akak dah berat dengan dosa. Kongsi pun akak dapat saham. Dosa sendiri dah banyak dik.

“Akak tak baik tapi cuba mengelakkan. Mohon maaf sangat dan terima kasih korang sangat memahami. Sama-samalah kita cari reda Allah sebab rezeki ni Allah yang bagi dan punya. Jangan takut tertutup satu pintu 10 pintu Allah buka, yakin,” tulisnya.


Tindakan Noorkhiriah itu mendapat pujian daripada netizen. Mereka bersetuju dengan pendirian Noorkhiriah yang tidak mahu bersubahat menyiarkan iklan-iklan yang keterlaluan itu.

“Betul tu. Memanglah buat paid review je. Tapi ‘paid’ kan. Apa yang kita muat naik, itulah saham dosa atau pahala kita juga. Ada artis tu orang tegur tak boleh terima,” tulis salah seorang netizen.


Semoga tindakan tegas Noorkhiriah ini dapat dicontohi artis, selebriti atau Instafamous yang lain. Jangan fikir keuntungan sahaja tanpa memikirkan kesan buruk dan menolak tepi hukum hakam agama. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: