Alamak! Wartawan diacu pisau, dirompak masa siaran langsung!

Published by
KitaReporters

JIKA sebelum ini kita pernah ‘dihidang’ dengan kisah wartawan diganggu ketika bersiaran langsung, ada sahaja gangguan yang berlaku. Malah di negara kita seorang wartawan pernah disondol lembu ketika bersiaran, pasti perasaan takut dan malu bercampur gaul ketika itu. Namun apa yang dirasa jika dikejutkan dengan ugutan oleh seseorang yang tidak dikenali ketika bersiaran langsung. : KitaReporters

MACEDO yang sedang bersiaran langsung menyedari seorang lelaki cuba mendekati ketika sedang bersiaran langsung. - Kredit foto: Dailymail.co.uk


Aduhhhh mesti takutkan!!! Ye la ni soal keselamatan diri.

Baru-baru tular dalam media sosial apabila seorang wartawan dari CNN diugut dan dirompak ketika sedang bersiaran langsung.

Berani betul perompak tu!!! Satu dunia menyaksikan ugutan tersebut.

Memetik laporan independent.co.uk, kejadian tersebut berlaku ketika Bruno Macedo membuat lintas langsung mengenai kenaikan paras air di Jambatan Banderas Sao Paulo di Brazil berikutan keadaan hujan lebat.

SEORANG lelaki yang terdesak menghampiri sebelum mengugut untuk mencederakan ketika Macedo sedang bersiaran langsung di Jambatan Banderas Sao Paulo, baru-baru ini. 


Namun ketika sedang bersiaran, Macedo didatangi seorang lelaki yang bertutup lingkup pada bahagian kepala dengan sehelai jaket yang menghampirinya sebelum mengacukan sebiah pisau.

Mau tak panikkkk!!!

Macedo ketika itu sedang berlintas langsung dengan penyampai di konti dilihat terkejut dengan kedatangan lelaki berkenaan yang meminta dia menyerahkan telefon bimbit.

Mungkin si perompak berkenaan tidak menyedari mangsa rompakan dia sedang berlintas langsung dan satu dunia boleh menyaksikan drama berkenaan.

Macedo pula yang kelihatan panik bertindak mengundur beberapa langkah ke belakang selepas didekati lelaki berkenaan yang mengacukan sebilah pisau sebelum menyerahkan barang peribadinya iaitu telefon bimbitnya.


Namun tindakan bijak jurukamera bagi mengelak drama tersebut disiarkan secara langsung dengan menghala kamera ke arah lain.

Sebaik sahaja memperoleh barang yang dikehendaki, lelaki berkenaan terus melarikan diri.


Mungkin disebabkan terdesak berikutan COVID-19, si perompak sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup tanpa mempedulikan keselamatan diri.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, namun yang pasti trauma menghantui wartawan muda dari CNN berkenaan.

Semoga baik-baik sahaja lepas ni, anggaplah kejadian itu sebagai pengalaman berharga dalam dunia kewartawanan. - KitaReporters

TRAUMA... Walaupun tidak mengalami kecederaan namun trauma pasti menghantui Macedo.

1
2
0
0
1

Copy Link: