PEMBUKAAN semula sektor pelancongan membolehkan penggiat industri itu 'bernafas semula' selepas lumpuh tiga bulan berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ini termasuklah pengusaha-pengusaha pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut di Pahang. : KitaReporters


Kredit foto: Taman Negara Malaysia


Sejak penularan wabak pandemik COVID-19 dan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 lalu sektor pelancongan antara industri yang terjejas teruk kerana sempadan negara ditutup serta merta dan tiada sebarang aktiviti dibenarkan

Bagaimanapun, penggiat industi terbabit kini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020

Seiring itu juga, sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula mulai 15 Jun 2020 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan

Fuhhh...bolehla kami beraktiviti semula!

Kredit foto: Taman Negara Malaysia


Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut antara pusat peranginan yang terjejas teruk sewaktu PKP dan sebaik sahaja diumumkan boleh beroperasi semula kalangan pengusaha seperti operator bot, pemandu pelancong dan pengusaha pusat penginapan tidak menunggu lama untuk kembali 'bertugas' dan mendapatkan semula pendapatan mereka yang hilang dalam tempoh itu. 

Masa PKP 'zero income'. Sekarang bolehlah 'bernyawa'.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Taman Negara hanya membenarkan 160 orang pelawat masuk ke pusat peranginan ekopelancongan itu setiap hari. 

Patuhi SOP untuk keselamatan bersama! Jangan ingkar arahan kerajaan.

Pengusaha penginapan Greenland Guest House Kuala Tahan, Afzal Abdul Aziz  membawa pelancong melakukan aktiviti trekking sebelum PKP.


Taman Negara bakal menerima pelawat domestik apabila dibuka kepada pengunjung dan merancakkan kembali sektor itu selepas ditutup tiga bulan kerana wabak COVID-19
Aktiviti yang dibenarkan, seperti rentas hutan, memerhati hidupan liar, titian kanopi, memancing dan mandi-manda  terhad kepada 10 orang dalam satu kumpulan, manakala amalan saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan etika kebersihan tetap dikekalkan. 

Kawalan kendiri itu satu kemestian. Jangan cari masalah!!!

Pengusaha bot penambang juga perlu mengikuti SOP dengan mengekalkan penjarakan sosial dengan kapasiti muatan cuma empat orang penumpang bagi bot kecil dan tujuh orang bagi bot besar.  

Pengurus Pelancongan Mutiara Taman Negara Resort (MTNR), Sabri Abdullah berkata, pusat penginapan itu sudah mula beroperasi pada 26 Jun 2020 dan pihaknya sudah menerima hampir 100 pelawat domestik khususnya dari Kuala Lumpur.

"Kami juga memperkenalkan promosi 'Mutiara's Crazy Offer' (MCO) secara dalam talian dengan kadar sewa penginapan antara RM230 hingga RM250 semalam termasuk makanan.

"Kami menerima tempahan diluar jangkaan sejak kelonggaran rentas negeri diumumkan sekali gus menunjukkan pengunjung domestik juga berminat untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna hutan hujan tropika Taman Negara,” katanya. 

Tak dapat ke luar negara, dalam negara pun okay.

Katanya, pelawat boleh mengunjungi laman sesawang http://www.mutiaratamannegara.com atau email sabri@mutiarahotels.comsatiyasilan@mutiarahotels.com atau menerusi talian 014 8393900 (Sabri) dan juga kaunter MTNR 09 2662200/2663500 untuk tempahan bilik dan maklumat pelancongan.

Pengusaha penginapan Greenland Guest House Kuala Tahan, Afzal Abdul Aziz  


Sementara itu, Pengusaha penginapan Greenland Guest House Kuala Tahan, Afzal Abdul Aziz pula berkata, sebagai pengusaha penginapan tempatan dan pemandu pelancong, beliau menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan dengan pembukaan semula pusat peranginan itu. 

"Pengumuman kerajaan ini dapat merancakkan semula sektor pelancongan kerana kebanyakan penduduk di sini merupakan pengusaha chalet, operator bot, pemandu pelancong dan pekerja resort yang mengalami kesulitan kewangan kerana tidak dapat bekerja akibat penularan wabak COVID-19 serta penguatkuasaan PKP," katanya.

Katanya, Greenland Guest House menawarkan harga sewa bilik penginapan antara RM50 hingga RM120 dan pelawat boleh membuat tempahan dan khidmat pemandu pelancong menerusi email: greenlandguesthouse3@gmail atau talian 011 14952678 (Afzal Abdul Aziz) dan 016 3564949 (Suraya Ismayatim).

Pengusaha Syarikat Pelancongan SGI Merapoh, Lipis, M. Syukri Jali 


Bagi pengusaha Syarikat Pelancongan SGI Merapoh di Lipis, M. Syukri Jali berkata, pembukaan semula Taman Negara Sungai Relau, Merapoh menggembirakan penggiat pelancongan di situ setelah tiga bulan lebih mereka kehilangan mata pencarian berikutan penularan wabak COVID-19 serta pematuhan PKP.

"Kami yang terdiri daripada pengusaha chalet, pemandu pelancong, pengangkutan, pengusaha kraf tangan dan makanan (katering) amat bersyukur dan mampu bernafas semula setelah menempuh kesusahan selama lebih tiga bulan akibat kehilangan pendapatan setelah sektor pelancongan negara lumpuh akibat wabak tersebut," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, pembukaan semula Taman Negara kepada pelawat domestik secara tidak langsung menghidupkan semula suasana sepi Taman Negara selain pemain sektor itu boleh menarik nafas lega.

"Seramai 568 orang penggiat dalam sektor pelancongan  bergantung pendapatan upah harian hasil sewa penginapan, bot penambang, pemandu pelancong, pengusaha restoran dan pekerja tertentu yang terdiri daripada anak tempatan," katanya.
Apabila sudah dibenarkan beroperasi jangan lupa kekalkan SOP pula. 

Jadikanlah pengalaman menempuh wabak tersebut sebagai panduan bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar dan merancakkan lagi industri ekopelancongan Taman Negara yang terkenal pada mata dunia sejak sekian lama. - KitaReporters

Proses sanitasi dijalankan di Masjid Kampung Kuala Tahan. - Kredit foto: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1921439724676498&id=100004314669568 

5
0
0
1
0

Copy Link: