SETIAP kali tiba musim haji, lagu ini mesti menjadi tular dalam media sosial. Lagu bertajuk "Waiting for the call" ini menjadi "signature calling" untuk semua yang hendak dan berhajat untuk ke Tanah Suci Mekah. Malangnya, lagu ini dikaitkan dengan mendiang Michael Jackson, dengan ramai beranggapan, lagu ini nyanyian penyanyi ikon dunia itu. Tapi benarkah lagu ini lagu MJ?? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita dari Mekah:

https://kitareporters.com/search?search=mekah


Lagu "Waiting for The Call" yang yang sangat menginsafkan dan meruntun jiwa sebenarnya dinyanyikan oleh Irfan Makki, seorang penyanyi berasal dari negara Pakistan, tetapi menetap di negara Kanada.

Lagu yang terasa 'hidup' pada kerinduan pendengarnya bakal mengalirkan setiap butir air mata jernih bercucuran di pipi selagi mana perasaan sedih dan tangis manusia tidak surut, selagi itulah akan jatuh berlinangan. 


Bait-bait lirik lagunya seperti "O Allah! I am waiting for calling, the Praying for the day when I can be near the Kabah wall" cukup memberikan kesan mendalam betapa kerdil dan hinanya kita kehilangan sesuatu yang bila mana ada dipandangan mata, berbuat tidak tahu.

 Ya!! Allah uji semuanya. 

Sama ada engkau tergolong dari orang yang baik atau pun orang yang dizalimi, balasan tuhan itu akan saksama, semua merasa. 

Kredit foto: Agesi berita Reuters


Kaabah kosong daripada kehadiran penziarahnya, orang bijak dan pandai ilmu agama beransur tiada itu semuanya peringatan Tuhan secara langsung yang ingin disampaikan-Nya kepada manusia sekalian!

Tetapi manusia nampaknya dah buta atau alpa!

Mudah sahaja terlena dan tidak nampak, tuli! 


Memiliki kelunakan suara mirip artis terkenal antarabangsa MJ itu adalah suatu nikmat yang luar biasa dikurniakan Tuhan kepada hamba-Nya. 

Irfan Makki yang pernah tular suatu ketika dahulu dikaitkan memiliki mirip suara Raja Pop dunia, Michael Jackson tampil sekali lagi memberikan mesej kesedaran berupa lagu berunsur peringatan daripada Allah menyuruh agar hamba-Nya segera bertaubat. 

Irfan Makki yang dilahirkan pada 30 Oktober 1975 (berumur 45 tahun) berasal dari sebuah perkampungan di Pakistan


Justeru, kelunakan suara Irfan yang boleh menyanyikan dalam apa jua versi, sama ada normal atau versi rap menjadikan dia sebagai artis yang mempunyai kepakaran dalam menggayakan muzik yang pelbagai. 

Mesej-mesej kesedaran dan tauladan yang dinyanyikan menerusi lagu-lagu bergenrekan nasyid diterima semua lapisan masyarakat tidak kira warna kulit, pelbagai bangsa, agama Kristian, bukan islam atau pun Muslim.

Dia juga pernah berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa popular yang lain seperti Maher Zain, Mesut Kurtis penyanyi kelahiran Turki dan Celina Dion serta pernah menghasilkan bermacam judul lagu dan album yang diminati serata dunia. 

Lagu "Waiting for the call' merupakan lagu dari albumnya 'I Believe'  yang dihasilkan pada tahun 2011, yang mendapat sentuhan penciptaan lirik lagu oleh Irfan sendiri dan melodi lagunya dari Maher Zain. 

Antara judul album yang pernah dihasilkan adalah Thank you Allah (versi bahasa Perancis) (Novembar 2009), Beloved (julai 2009), Salam (Ogos 2006), Deep Never Age (Novemvar 2015) dan Best of Islamic Music Vol 1 (2013), The Best of Islamic Music Vol 2 (2012).

Irfan Makki bersama keluarga kecilnya memotret foto kenangan semasa berada di Kanada.



Ikuti lirik lagu yang dihasilkan Irfan Makki bersama Maher Zain :

Miles away, oceans apart

Never in my sight, but always in my heart

The love is always there, it will never die

Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time

When the day will come

Standing there before you

Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf

Drinking blessings from Your well

The challenge of Safa and Marwa

Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call

Praying for the day when I can be near the Kabah wall

O Allah! I am waiting for the call

Praying for the day when I can be near the Kabah wall

O Allah! I am waiting for the call

Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong

I can feel Islam running through my veins

To see my Muslim brothers, their purpose all the same

Greeting one another, exalting one True Name

I truly hope one day, everyone will get…



Lagu-lagunya sangat berkait rapat dengan Tuhan, lagu panggilan ke rumah suci Allah sangat terkesan di jiwa sesiapa yang mendengarnya, seolah-olah jelmaan Michael Jackson yang mendendangkan lagu ini, sekali gus memberi tanggapan kononnya dia (Michael Jackson) telah memeluk islam, walhal tidak! 

Ketahuilah makna tersirat di dalam bait-bait lagunya berkaitan haji dan umrah tidak lain dan tidak bukan adalah Allah berkehendakan kepada sesiapa sahaja yang hina dina menjadi tetamu, selagi niatnya sentiasa tawakal untuk bertemu penciptanya. 

Bagaimanapun jemaah haji dan umrah khasnya di Malaysia tidak perlu khuatir kerana keputusan berkenaan tidak akan menjejaskan giliran jemaah haji yang sudah dipilih atau terpilih. 

Faham, siapa yang tidak sabar mencium dan memeluk Kaabah! 

Segalanya terserah pada Allah dan kehendaknya yang dimahukan! 

Kredit foto: Agensi berita AFP


Waktu perintah berkurung yang diwartakan seluruh masyarakat dunia ini memberikan peluang untuk kita memainkan semula lagu berunsur keagamaan bagi memantapkan lagi kelompongan dosa yang pernah dilakukan sebelum tercetusnya wabak COVID-19.

Aktiviti baharu seperti yang disarankan kerajaan bolehlah diisikan dengan mengamati lagu keagamaan berupa nasyid untuk kita bermuhasab diri dengan aura lagu yang akan menghadirkan 'hijrah' yang baik dalam melakukan perbuatan dan kelakuan yang lebih berprinsip, tertib dan mulia. 

Marilah kita bersikap berlapang dada untuk menuruti saranan dan nasihat yang baik sama ada kaedah yang diguna pakai hanyalah melalui contengan lirik lagu, nyanyian atau menulis status tauladan di mana-mana platform media sosial ketika ini. 

Tanggungajawab semua pihak menunjukkan tidak keterkecuali seseorang individu itu untuk mara memberi nasihat dan bimbingan untuk terus bermuhasabah bahawa setiap dugaan dan kebaikan datangnya dari Allah bagi yang memiliki iman di dada. - KitaReporters

7
7
2
1
1

Copy Link: