Alamak! Van jenazah berhenti depan rumah! Rupanya bawa beras
Published bySAAT melihat van jenazah melintas di depan mata yang terdetik dalam fikiran, hanya perkara buruk sahaja. Sama ada membawa berita sedih kematian, mengambil pesakit positif Koronavirus-2019 (Covid-19) atau mengangkut geng plastik hitam. : KitaReporters
Van jenazah yang membawa bantuan berupa beras untuk diagihkan sempena PKP. - Kredit foto: Twitter @Syaira
Seorang gadis di Bintulu terkejut apabila melihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan rumahnya, sekali gus risau kemungkinan ada perkara buruk sudah berlaku kepada keluarganya.
Setelah diperhatikan, tekaannya meleset kerana van jenazah itu membawa bantuan berupa beras kepada penduduk di sekitar Bintulu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ternyata, kemunculan van jenazah tidak lagi akan dipandang
serong lagi, berkemungkinan van jenazah yang sinonim dengan pembawa berita
sedih itu boleh bertukar kepada berita gembira.
"Ingatkan ada berita buruk tadi, rupa-rupanya nak
hantar beras," ciap Syaira dalam akaun Twitternya, yang tular dalam laman sosial.
Tambahnya ketika membalas ciapan netizen, hatinya berasa
lega apabila mereka memberi salam di rumahnya dan menyatakan kunjungan itu
adalah untuk menghulurkan bantuan.
Perkongsian ciapan di Twitter itu juga menarik perhatian
netizen yang disifatkan lucu kerana bimbang dengan kehadiran van putih itu.
"Insaf sebentar tuan rumah , apa pun saya pun sumpah
terkejut,” ciap @Areizz Razz
Manakala, ciap @DogaanFernandes, “Moga-moga beras yang
dimasak makin mengingatkan kita kepada mati.”
“Cuba adik-adik bayangkan balik rumah ternampak van putih.
"Ramai orang di depan rumah mata dah berlinang memikirkan orang tersayang.
"Rupa-rupanya orang hantar beras,” ciap @Ganang.
Pelbagai ciapan netizen dalam Twitter yang positif dengan kehadiran van jenazah itu.
Sementara itu bagi @Mr.rashid berkata, penggunaan van jenazah sudah dijadikan pengangkutan yang lebih mudah untuk mengagihkan bantuan.
“Di tempat saya, pihak masjid yang menghantar bantuan terutama
kepada golongan asnaf juga menggunakan van jenazah.” – KitaReporters