Berita Terkini| Menyamar pegawai LHDN! Jururawat berputih mata! Wang RM94k dalam akaun lesap!
Published byANGKARA diperdaya sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga hasil Dalam negeri (LHDN) melalui panggilan telefon seorang jururawat kerugian RM94,000 sekelip mata.
Ketua Polis
Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 31
tahun itu memaklumkan terima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan
diri daripada LHDN dan menyatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 atas syarikat yang didaftarkan
atas nama mangsa.
“Mangsa menafikan tetapi talian disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di Port Dickson pada Rabu, 9 Jun 2021.
Jelas Aidi Sham, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis yang mendakwa berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) dan meminta mangsa memuat naik pautan aplikasi MyBNM serta meminta jururawat berkenaan memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.
Bagaimanapun apabila mangsa membuat semakan dengan pihak bank didapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya telah dipindahkan.
“Wang tersebut telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali menerusi 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000,” katanya. - KitaReporters
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed